Friday, December 17, 2010

cerita seorang kawan

"bukan sinnang wooo.... " kata seorang sahabat....... berbangsa cina; aku suka minum2 dengan dia dulu.... pasal dia selalu belanja aku minum..... dan aku pulak tak pernah belanja dia minum..... maklum lah waktu tu aku hanya makan gaji dan gaji yg aku makan tu cukup untuk aku bayar CCm kereta dan beli reload henpon saja.......

"kalau u jadi no one ah..... susah woo.... dulu ah saya kana tangkap polis...... itu polis siasat..... " dia bercerita tentang pengalamannya di tahan reman gara2 gelaran yg d pegang nya.... RAJA KUNCI ASIA dan gara2 gelaran itulah pabila dulu kes bilik kebal Maybank kat semenanjung kena tebuk dia yg ada kat sabah nie boleh kena tahan reman.....

aku banyak belajar dengan dia tentang banyak hal... tiada sesiapa sangka akan kemahiran nya itu kalau d lihat dari penampilan......dia tak bersekolah tinggi cuma dari kecil dia suka dengan kunci.... sehinggalah dia melanjutkan kemahiran nya ke amerika, macam2 kunci dia jumpa macam2 peti besi dia lihat, macam2 bilik kebal dia bedah...... dan kami berkenalan pun gara2 peti besi kat ofis tempat aku kerja dulu problem, kadang2 dia call aku ajak minum..... dia oder Stout aku oder Cola [masa tu aku masih minum cola]

dan pada suatu hari lepas pulang dari istana soltan berunai [soltan kaya raya tu mintak tolong bukak bilik kebal dia jemm]  kami minum2 "safe is not safe for me" dia berbahasa....... dan yg paling aku tak lupa "kunci dicipta untuk dibuka bukan untuk dikunci" katanya................. tersirat betul ayatnya tu.......

entah apa khabar dia sekarang..... kadang2 aku terfikir untuk belanja dia minum2 tapi kat restoran aku la.... sebab aku nak ucap terima kasih kat dia.....

Sunday, December 12, 2010

jalan2 cari pasal.....

syuh syuh..... maaf aku tengah menghalau labah-labah yang sibuk buat rumah kat bilik ni...  seperti juga aku sebagai tokeh yg dah agak2 sedikit maju,  aku pun sedikit sibuk...... biasalah.... kalau aku dah sibuk mulalah labah-labah buat sarang kat bilik nie.....  bilik ini aku tinggalkan sebentar

dan untuk kawan2 yang singgah tolong2lah sapu2kan sikit habuk2 kat bilik nie ya.... sebab aku sekarang ni tengah dilamun asmara yg belum pernah aku rasakan....aku ber cinta dan aku betul2 berahi kat awek yg bernama "bizi" ini.......

segala tuntutan awek2 yg bawak nonton wayang..... ajak makan angin.... ajak pegang2 tangan terpaksa aku tangguhkan dulu.... sehingga aku cerai talak 3 dengan Cik Bizi.....

bye....


..............................

Saturday, December 4, 2010

aku mau jadi ahli politik

hakikatnya bukan semua ahli politik itu kaya raya dan berharta...... tapi aku memang suka berpolitik kehulu hilir cakap fasal salah orang, aku tak pernah salah,  pabila aku bohong dan tipu orang; orang kata aku seorang pembela..... hehehe dan yg paling bahagia aku boleh buat apa saja aku suka..... undang2 aku punya.... harta orang harta aku dan harta aku jangan kacau nanti engkau susah... dan aku memang paling suka buat orang susah... aku pedulik apa.... mampus korang!!! dan pabila pilihan raya aku bagi korang duit korang lompat2 macam monyet dapat pisang.... walau pun aku dah tau yg korang dapat tu hanya kulit pisang kerana orang aku dah ambik isi nya buat alas perut...... hahahahhaha padan muka korang.....  dan ada masanya aku nak tambah duit poket aku naikkan harga barang2 keperluan... hapa korang ingat aku bagi wang ehsan 500 tu free ke? aku tak nak ambik balik? hoi korang yg bodo tu pasal aku suka sangat kat korang..... ada masa aku belanja korang makan nasi tapau kat tepi jalan..... kita juarakan lagi rakyat tu ok.... aku lawat korang senang2 nanti..... nak bagi duit beli gula2

ahhhh bahagianya pabila jadi ahli politik yg bergelar VVIP...............

namun apakan daya..... aku hanya ahli politik kedai kopi..... aku hanya dapat belanja kawan2 aku minum kopi saja...... dan hakikatnya aku aku bukan berpolitik kerana aku memang meluat dengan ahli politik.... biarlah aku hanya jadi orang yg memerhati politik.... kerana kadang2 aku terhibur melihat orang lompat2 dapat beras sekampit, aku suka melihat orang2 senyum sampai telinga dapat 10 keping atap zing buat reban ayam yg rumahnya tak der reban ayam, aku suka melihat tingkah mereka mengira2 duit 10 sen hendak membeli gula buat kopi O...... biar..... biarkanlah......

dan aku masih duduk di restoran yg aku bangunkan dengan duit pinjaman Ah long..... setelah kehulu hilir meminta bantuan kerajaan masa aku mula2 bisnis dulu ....... dan aku bersyukur kerana aku telah di bantu oleh Ah long..... kalau tak entah apa jadi bisnes aku nie...... hehehehe dan sekarang 2-3 badan kerajaaan nak bantu.... tapi dengan syarat.... aku mesti sure hebohkan yg bisnis aku maju hasil dari bantuan diorang..... hui banyak punya cantik..... baru sekarang nak bantu.... dulu masa aku susah...... tak siapa nak tengok.....

puih......