Thursday, November 25, 2010

pantun malam jema'at

malam ini malam jema'at
pasang lilin empat penjuru

iskkk napa plak aku be pantun seloka nie..... mentang2 malam jema'at
entah apa plak mau di suluh dengan lilin empat penjuru.......

.........

Wednesday, November 24, 2010

ehhh dah mula ??? bodoh punya orang.......

mata sepet dah mula tembak orang yg juga mata sepet..... ah aku peduli apa biarlah diorang tembak sesama diorang..... itu sudah di tulis oleh sang gusti..... dia yg melukis jadi terpulang dia mau melakar apa atas sekeping kertas itu terpulang dia hendak mewarna biar hitam atau putih aku tiada hak untuk mempersolakan hehheheheh siapalah aku kerna aku hanya setitis zarah di dalam zarah..... zarah pada setitis warna di dalam warna..... biarlah dia melukis kerna lukisan itu memang hak mutlak sipelukis...... aku hanya mengharap aku tergolong dalam kepingan lukisan yg warnanya putih..... dan apabila kertas itu kelak digulung2 aku harap juga bila kertas itu di buka semula ada sedikit kasihan dari si pelukis..... memadam dakwat2 hitam itu.... kerna warna putih itu hampir tiada...... gusti...... aku tengelam dalam lautan afa'l mu...... hinanya aku bodohnya aku pabila ku kata lukisan ini seharusnya begini dan sepatutnya begitu...... aku lupa semua ini adalah lukisan mu gusti........ aduh kenapa harus ku persoalkan........ gusti...... bodohnya aku....... ajarin aku tauhid pada afa'l mu gusti......

Saturday, November 20, 2010

Ajal mu tiba

Seorang yang sedang memburu di pedalaman Amazon tiba-tiba saja sudah dikepung sekumpulan primitif yang haus darah.

“Oo… Tuhan matilah aku…”, Katanya..

Tiba-tiba langit diatasnya ada kilatan cahaya, dan terdengar suara berggema:

“Tidak anakku…, ajalmu belum tiba. Ambillah batu dekat kakimu itu dan pukul kepala pemimpin mereka yang tepat berdiri didepanmu itu “.

Si pemburu itupun mengambil batu dan menyerang pemimpin primitif itu, dan memukulkan batu itu ke kepala si pemimpin sekuat tenaga… dan si pemimpin itu

mati. Dia kemudian berdiri di atas mayat si pemimpin.

Seketika itu 100 orang primitif itu mengepungnya dengan muka sangat marah karena melihat pemimpin mereka terbunuh. Kilatan dari langit itu muncul lagi dengan suara

bergema:

“Sekarang… baru ajalmu tiba anakku…”





















Friday, November 19, 2010

Pegawai polis dilatih jadi 'pakar' judi




iSMAIL (duduk dua dari kiri) bersama pegawainya mendengar taklimat mengenai mock kasino di di Maktab PDRM di Cheras semalam. Duduk di sebelah Ismail Timbalan Presiden Eksekutif Operasi Resort Genting Malaysia Berhad, Kevin Sim Kia Ju.




KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.
Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi.
"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.
Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.
Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah.
Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update.

nota tapak kasut:
errr makin banyak lah pusat perjudian haram ni nanti.... hehehehe mesti polis pakar judi tu buat part time hehehe masa tak da pakar judi mesin slot; diorang tengok sebelah mata.... ni dah ada pakar mesti diorang tengok pakai dua belah mata..... maklumlah pakar kan.......yg pakar curi tu plak errr iskkkkk............. biar aku tambah "untuk  tangkap perompak perlu jadi perompak...... untuk tangkap perogol kena jadi perogol hehehehehhe.....  jangan marah haaaaaa............ gurau2 aja............








.....teringat ayat....... dalam tivi dulu2 ....." good cop and bad cop"....... 













Monday, November 15, 2010

aku tokeh sasau

pekerjaku memanggil aku dengan wajah 5sen "kenapa?" tanyaku pada  pekerja ku....
"orang tu marah ndak ada cola... dia mau jumpa sama abang...." jawabnya seperti minta kasihan....... dari jauh aku memang dah perasan lelaki berbaju kemas itu marah2 sambil kepala nya tertoleh2 pada aku......
aku terpaksa berkunjung ke meja itu setelah lelaki itu ingin berkata sesuatu dengan aku......


"sori bos kami nda jual cola...... " jawabku pada muka bengis itu..... sambil aku melirik2 awek disebelahnya.... aku tengok awek tu.... awek tu tengok aku.... macam awek tu perasan yg mata aku tengah meraba body dia luar dan dalam...... 
'kesian.... awek comel begini betul2 nda patut dapat boipren sebegini..... dia patutnya dating dengan aku' aku bermonolog....
"bos aku bukan apa.... aku suka duduk kedai melayu.... mau tolong melayu...... tapi kalau cola pun kamu ndak ada susah tu bos mau bisnis" lelaki tu cuba ber bahasa.......
"maaf la bos kami memang nda jual cola..... sebab pembekal kami tak jual cola......." aku cuba memberi alasan
"iya la bos susah juga tu kalau baru oder suda nda ada" 
"sori ya bos" aku senyum2......  senyum yg ada 2 maksud...... pertama atas satu prinsip perniagaan "customer is king" dan kedua senyum kat awek yg dari tadi memerhati dengan muka yg serba salah dan malu..........

..................................

selepas hampir 3 tahun aku terserempak dengan awek tu kat pasar sayur....... dia tak perasan kat aku..... atau mungkin juga tak ingat......dan bagi aku pula kalau awek comel begini aku payah nak lupa.... entah kenapa ingatan aku kuat kalau benda2 begini.....  aku melihat dia menggendong  anak kecil...... dan ada seorang lelaki di belakangnya memegang beg plastik....... aku pasti aku tak salah orang...... dan aku pasti yg lelaki tu suaminya dan aku amat2 pasti yg lelaki itu bukan lelaki yg marah2 bila tak minum cola........ 


Hello Manusia! [Dunia Rusuh Cikgu Metal]: Dulu-dulu Tiada 1Malaysia pun!

Hello Manusia! [Dunia Rusuh Cikgu Metal]: Dulu-dulu Tiada 1Malaysia pun!: "Nama dia Lim Kwang Seng. Tapi gua tak pernah panggil dia Kwang Seng. Gua panggil dia Husin. Bukan gua seorang sahaja, member-member yang ..."

Sunday, November 14, 2010

tahun ini pun aku lupa lagi

dia menghantar pesanan ringkas..... "lupa lagi !!!!"
aku baru teringat tarikh aku memanggil nama itu buat satu ikatan panjang

bermusim berlalu
aku lupa.....

jangankan tarikh itu
musim aku kadang terlupa
tanpa sadar aku kesiangan
tanpa mimpi
hanya kerna ikhtiar hidup

sekarang hati nya sudah mengerti
kerna

lagi buat sekian kalinya
aku lupa......

dia sudah mengerti
mengerti kah dia
entahlah
aku harap dia mengerti
walau aku tahu dia jauh hati....................

Thursday, November 11, 2010

selingkuh ekk

Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi.."

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."

Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini
kerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi telah
mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur....tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan... dan berkata... "Kenapa kau tak balik lagi Jalil... kejap lagi suami akak balik...!!"










http://sembangkosong10.blogspot.com/

Wednesday, November 10, 2010

seharian bersama mu

hari ini aku menghabiskan sehari dari baki2 umurku bersama awek ni........... kami selalu makan bersama, tidur bersama, aku peluk dia.... dia peluk aku, seorang awek yg buat aku lupa bini, entah lah bagi aku..... apa yg aku inginkan ialah awek nie sentiasa bahagia................. aku ingin awek ni tahu kalau nanti satu hari awek ni bukak blog nie bahawa aku amat sayang kat dia...... dan kerana awek nie lah aku sekarang dah tak punya awek......

Monday, November 8, 2010

Solat dan Alam (mengandungi rahsia)


1) Hadith:
الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

2) Sabda Nabi SAW

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih

3- Nabi SAW bersabda. Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari)

4- Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam"

5- Nabi SAW bersabda : Ertinya "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya" (Riwayat Abu Daud , 
Al-Albani menyatakannya Dhoif)

6- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)

Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat beberapa hadith yang lain yang dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazahab empat :-

Mazhab Hanafi:Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas. 

Mazhab Hanbali:
 Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga. 
Kesimpulan menurut penulis:
 Umumnya, solat di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, Membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya. 


Tulisan : Ust Zaharuddin Abd Rahman

sumber : http://luvislam92.blogspot.com copy tanpa kebenaran semoga rahmat Allah bersama beliau.


sebenarnya antara kelebihannya........ baca yang ini pula.......




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialahkeyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensikelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

copy dari http://ntvirus.wordpress.com (semoga rahmat Allah bersama beliau) errr copy tanpa kebenaran hehe sebenarnya aku ada dengar tentang ni baru2 tu kat radio sandakan..... apa lagi aku google la ini la hasilnya.............

Sunday, November 7, 2010

tiada tajuk

aku memilih diam
apabila kau tak mengerti
biarkan begitu......
aku biarkan hatimu tertusuk duri
lalu.........
ku biar ia berdarah


lalu ku lihat
dadaku juga berdarah
aku berlalu pergi
aku biar ia berdarah
mengering
lalu
dihurungi langau

biar...............

aku lebih rela begitu
mungkin indah parutnya.....

Friday, November 5, 2010

catatan tokeh sasau 4

dari galas ke batu sapi orang sibuk bercerita tentang keputusan pilihan raya..... ada yg puas hati dan ada yg tak.... apa pun bagi aku; aku tetap begitu melayan ahli politik kedai kopi dengan anggukan, angguk2 belatuk kadang aku faham kadang aku tak faham tapi aku tetap angguk...... sama macam macam awek ajak pegi tengok wayang walau kadang cerita tu aku tak berapa minat tapi aku tetap angguk.... begitulah anggukan ku aku umpamakan.....
duduk semeja dengan orang PKR mau pun BN atau pun SAPP.....  aku mesti angguk biasalah aku jenis orang yg malas nak bertekak dengan orang politik nie pasal selalunya diorang nie anggap dioranglah yg paling pandai diorang betul malah kadang2 hukum agama pun boleh tunggang tebalik oleh tangan dan mulut diorang hehehehe.....
pagi tadi aku ke pasar besar sandakan.... biasalah tokeh restoran, pasar adalah tempat paling sinonim dengan aku..... aku selalu bermonolog dengan dengan pasar dan pasar selalu bermonolog dengan aku kadang dengan suara manis kadang dengan suara kelat... bergantung dengan siapa aku berurusan.... macam politik jugak..... bisness pun kena ada politik nya juga.... cuma politik bisness lain........ dan bila saja aku sampai kat pasar besar tadi pagi aku lihat pasar agak sesak dari yg biasa.... kenapa agaknya.....
ohhh aku lupa orang luar sandakan sedang rancak berbelanja sejak dari hari pertama penamaan calon semuanya penuh..... hotel penuh, kedai kopi penuh, kedai ubat penuh dan yg lebih syok restoran aku pun turut penuh.... hinggakan aku dengar tiap malam pun karoke sekitar sandakan nie pun penuh hehehehe tak lupa juga kedai nombor ekor yg hanya penuh tiga kali seminggu pun aku dengar hari2 penuh.... begitu lah kerancakan perjalanan ekonomi sandakan dalam beberapa hari lalu...... dan hari ini adalah hari terakhir aku kira.....
semua orang politik, media, tukang sorak tukang tengok dukun2, bomoh2 pun tukang urut dari semenanjung mau pun dari sabah sendiri..... masing2 sibuk membawa ole2 pulang ke kampung masing2 yg kering yg basah yg separuh kering yg berkilau semua diorang tapau.... dan yg best sangat tu aku dengar ada beberapa orang  tu bagi tinggal air, dari air liur hinggalah air peluh .... macam macam air diorang tinggalkan kat sandakan ni belum masuk cerita calon yang jatuh kat air  dan air lendir hehehehe ......

.....................................

celaka!!!! aku lewat kepasar hari nie bukan gara2 malam jumaat..... tapi pasal aku sibuk membaca.......
memang celaka !!! udang habis!! awal pagi lagi dah habis dan aku tengok udang yg biasanya 13.00 ringgit sekilo kawan aku dah jual 25.00 ringgit sekilo hahahahaha belasah korang hahahahha bila lagi nak makan duit orang politik kan hahahahaha.....

.....................................

apa2 pun aku ucapkan selamat jalan dan selamat beristerehat setelah 10 hari yang memenatkan buat semua yang memeriah kan sandakan.... untuk datin yg baru menang tu pesan aku belajar2 lah cakap melayu ini MALAYSIA!!!  bukan HONG KONG!!!.... dan kalau boleh belajar2 lah jugak bahasa suluk dan bajau Filipin hehe....

untuk kalian yg  belayar pulang aku hadiahkan gambar ikan layaran sandakan dan sempena hari depavali....




hapy depavali


nota tapak kasut: hari ini diorang pulang membawa kemenangan dan kekalahan..... pulang meninggalkan sandakan dan kemudian ekonomi sandakan kembali seperti bandar mati....... dan aku bagi pihak golongan kapitalis sandakan ni tak kira cina, india, melayu maupun PATI amat2 mengharapkan agar adalah lagi sesiapa yang duduk d kerusi empuk ADUN atau PARLIMEN sekitar sandakan nie MATI..... kerana ekonomi sandakan ni dah lama MATI !!!!

Thursday, November 4, 2010

tima kaci boss

Boss aku entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari tu dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.
Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja [termasuk la aku] datang berjumpa dengan Boss aku ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?

Boss : Hang apa pasai??

Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng…

Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!

Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?

Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!

Boss : Alasan apa lak ngko nie?

Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?

Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Aku;

Aku : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?

Boss : Naper?

Aku : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!

Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah 40 hari nunggu!!!

Aku : tima kacih Boss!!! hehehe........... ketawa dalam ati..............



Undi Batu Sapi

tengah hari tadi baik punya panas aku jalan kali ke tempat memangkah..... selepas di halau dengan lemak manis nya oleh orang berbaju T kuning dan ber uniform putih...... [celaka!!!] apasal tak notis awal2 tak boleh paking bodoh!! itu kan tempat paking!!! setelah Ketiak aku perpeluh2 jalan ke bilik tu....... aku lihat peti undi saluran utk orang muda2 macam aku nie [perasan muda] tak sampai suku berisi...... dan aku harap peti tu tak d isi lagi selepas jam lima nanti heheehehe............ kalau peti tu kena isi lagi lepas jam lima..... pi mampuss la budak yg mengisi tu haram jadah!!! alam biara ketaungan !!! ANJING !!!........ sebenarnya aku tak kisah sangat siapa yg menang..... sebab siapa pun yg menang aku tetap macam tu jugak keta aku tak kan berubah jadik Ninja King....... rutinku tak kan berubah.... cuma kalau ada perubahan bendera d batu sapi tu mungkin ada lah juga perubahan pada harga2 makanan dan lain2 keperluan yg makin hari makin naik..... kalau pun tak turun cukuplah harga tu kekal kat situ sampai 4-5 tahun lagi..... aku bukan menidak kan inflasi.... cuma aku rasa kerajaan patut urus inflasi nie dengan bijak.....

tapi macam mana nak bijak kalau budak sekolah tak bijak?? iskkk aku pun konfius..... ah lantak lah aku tetap macam tu jugak........ dan yang untung tetap PATI batu sapi yg aku kira dah boking laptop 4-5 bijik gara2 jalurlebar free kat situ hehehehe itu belum masuk IC free hehehehe.....yg buat aku tambah2 konfius pandai ka diorang tu guna intenet...... aku takut diorang taip SEX kat google search tu.....
org batu sapi jangan marah haaaaa....... aku gurau saja hehehehhe.....

Wednesday, November 3, 2010

catatan pengundi atas pagar

mana2 media sama ada yg boleh d dengar dan d lihat atau pun hanya boleh d baca semuanya agak panas dengan komen masing2.... dan aku pulak sebagai pengundi masih belum membuat keputusan sampai masa aku taip blog ini...... dan setakat saat ini aku pun belum duduk semeja dengan mana2 tukang kempen dan peraih undi mau pun dari chop timbangan chop bulat bulan gerhana atau pun lambang peta sabah terik tengahari......
aku hanya sempat berbual2 dengan beberapa orang apek dan beberapa orang jemaah tabligh..... dan salah satu kesimpulan aku bahawa undi sekarang adalah berdasarkan berapa tinggi tahap pendidikan seseorang itu..... hehehhe [pasal tu agaknya sistem pendidikan kat negara nie susah sangat nak ubah]
lagi satu tahap susahnya nak hidup zaman ekonomi tengah merayap nie pun agak memayahkan org2 BN buat kerja..... tapi aku heran juga betapa rileknya diorang santai2 kat restoran aku macam diorang tak paham yg bendera diorang dah nak tumbang kat Batu Sapi tu...... heheheheh mungkin diorang dah rasa selesa dengan berjuta2 projek yg diorang taburkan kat batusapi namun yg aku rasa beruntung adalah golongan PATI yg lepas ni mesti sibuk nak beli laptop PC dan koman2 pun diorang bakal jalan kaki kesekolah.....

.............................

sampai saat nie aku masih belum membuat keputusan....... tapi aku bukanlah orang Magkalinau..... aku orang Karamunting yg sejak dulu YBnya suka lompat2 dan aku masih menunggu isyarat dari langit......... mana tau kali nie aku nak pangkah kerajaan langit hehehe...... aku tak peduli korang nak cakap Imam dia kawan ngan Yahudi atau dia Homosek..... belasah dia aku pedulik hape.... kalau pun Imam dia sodomi dengan Netanyahu atau Sharone sekalipun lantak dia lah yg penting aku senang sikit nak bisness tak der yg kacau tak naikan lesen itu ini tak naikan sewa itu ini.....tak datang kat permis aku saman itu ini.... tapi aku mungkin juga akan pangkah kepala botak apek sorang tu...... dan aku rasa mungkin juga terlalu banyak kemungkinan..... mungkin juga aku pangkah kedua2nya sekali atau pun aku tak pangkah langsung hehehehe

Melarat tapi Kg Mangkalinau tetap sokong 'bapa' - www.malaysiakini.com

Sekumpulan kanak-kanak dilihat membincangkan peraturan yang perlu diikuti sebelum mereka membuat garisan di tanah liat berhampiran rumah mereka.
Selepas persetujuan, masing-masing mengambil kedudukan sambil membaling guli di lubang yang digali itu. Ada yang bertempik gembira kerana guli mereka mengena sasaran.

Bagi kebanyakan orang, mereka tidak faham apa yang seronok sangat dengan permainan itu tetapi bagi kanak-kanak di Kg Mangkalinau, ia adalah syurga masa lapang mereka, tidak kira yang kecil mahupun yang agak berusia.

Seperti kebanyakan perkampungan setinggan, Batu Sapi juga tidak terkecuali dihimpit kemiskinan tegar. Ribuan yang menghuni di kediaman yang tidak layak dinamakan 'rumah'. Pondok yang muat dengan 'sampah sarap' yang menunggu masa menyembah bumi.

Tiada bekalan elektrik atau minuman yang bersesuaian. Malah mereka juga tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah.

Keperitan hidupan ini boleh disaksikan hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Sandakan.

Bagi rakyat Sabah, setinggan itu dihuni oleh kebanyakannya pendatang asing, hasil 'Projek IC', yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun DrMahathir Mohamad dalam usahanya menggulingkan pentadbiran pembangkang yang diterajui oleh PBS ketika itu pada tahun 1994. Beliau didakwa memberi kerakyatan serta merta bagi menjamin sokongan kepada BN meningkat.

Penghuni setinggan itu mempertahankan klesahih kewarganegaraan mereka serta membuktikannya dengan menunjukan MyKad milik mereka dan tidak kurang juga yang mempunyai kad keahlian Umno.

Tidak kira stigma sosial dan persepsi yang menyelubungi setinggan ini, hakikatnya mereka ini adalah golongan miskin tegar dan buta huruf.

Mereka amat memerlukan pertolongan tanpa hampir langsung tidak dibantu.

Di sebalik kesengsaraan dan keperitan hidup, kebanyakan mereka mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada BN yang dianggap sinonim dengan 'bapa'.

Jaafar Lama, 60, seorang pengawal keselamatan berkata penduduk Kg Mangkalinau, yang ditubuhkan pada 1993, seringkali terpaksa mencari sisa bangunan dan apa-apa sahaja bahan buangan bagi memperbaiki rumah mereka serta jambatan usang yang menghubungkan mereka dengan dunia luar.

Katanya di sebalik kesetiaan kepada BN, mereka sebagai anak ada kalanya terasa “dipinggirkan oleh bapa”.
"Sokong, mana boleh tak sokong (BN). Itu bapa sendiri, mana boleh sokong orang lain... tapi tengok macam mana dia jaga anak. Ini bapa kita, mana boleh sokong orang lain...tapi tengok cara dia jaga anaknya,” kata Jaafar.

Pengerusi keselamatan dan pembangunan kampung, kampung bersebelahan Kg Mangkalinau Orang, Ahmad Musa, 55, bersependapat dengan sentimen Jaafar.

Katanya, penduduk di situ yang kebanyakan mereka nelayan tidak dapat menganggarkan berapa yang mereka perolehi setiap bulan kerana ramai yang tidak pasti sama ada perahu yang digunakan mampu menghadapi badai di laut.



















Nota tapak kasut: Maaf aku menyampuk sikit...... memanglah gitu...... cuba tanya kat diorang mana diorang dapat IC? kalau tak pun memang diorang tak der IC........ aku rasa wartawan Malaysiakini salah masuk kawasan laaaa........ hehehe