Sunday, October 31, 2010

mesin masa


siapa ada jual mesin masa aku nak beli hehehehe...... klip yg d ambil dari filem 

Charlie Chaplin 1928 "The Circus" 

entah betul ka org tu pegang handfon errrr masa tu mana ada henpon hehehehhe errrr mungkin kah dia pakai line Celcom atau DiGi heheheheh tah la korang tengok la sendiri...... 

kalau aku ada mesin masa aku nak tengok 4D 6D dan Jackpot 6/49 hahahahaha.......  

Saturday, October 30, 2010

TOLONG~~~~ Aku d culik!!!!


henpon aku berbunyi untuk pertama kali nya petang tu.... dan aku tengok nombor yg terregister kat henpon aku ni muka geng aku sorang ni.... tapi..... amacam plak suara awek yg helo kat aku [ini yg buat aku curiga ni] last2 aku tau jugak rupanya awek ni 
model WS tu.....


punya suara... nasib baik aku dah pencen kalau tak buleh bengkak kaki awek ni hari2 aku bawak tengok wayang hehehehe dan aku rasa 2-3 minggu dia tak lalu makan dan tak bleh tidur kalau tak dengar suara aku .... [perasan betul la aku hehe] tapi kalau dia nak jadik awek part time apa salahnya kan hehehehe [tolong jgn bagi tau aku curi gambar dia masuk kat sini ya hehehehe]

tapi aku nak stori kat sini betapa aku telah d culik tanpa tebusan!!
petang tu...... lepas solat asar..... aku telah d culik dengan lemah lembut nya untuk d bawak ke sini.........

suka la tu........

iskkkk aku betul nya dah bertahun2 tak karoke nie...... iskkkk mati la kalau bini aku tau......... ini gara2 dua org penculik proposional yg d latih oleh para kiyai dari indon..... ini dia org nya.....


dan ini lagi sorang.....




dan petang tu aku nyanikan lagu ini........

lagu indon pun indon lah yg penting...... kad hijau..... bukan kad merah.......  layan............... Awuuuuuu~~~~

Saturday, October 23, 2010

Batu Sapi dan undi

Gendang perang d Batu Sapi dah pun berbunyi........ entah perang empat penjuru atau tiga penjuru.... ataupun lebih gentleman satu lawan satu [aku lebih suka satu lawan satu senang sikit nak pangkah]..... biarkan diorang perang dan adat perang ada kalah menangnya...pasti!
yg itu aku tak kesah kan sangat biarlah siapapun yg duduk d kerusi tu kelak.... dan aku sebagai pengundi tetap dan berpencen d Batu Sapi nie melihat dari kacamata golongan marhaen bukan sebagai orang politik; maupun politik rasmi ataupun kedai kopi...... siapapun calon aku tak kesah.... yg aku nak kesah dan aku nak tengok macam mana apek2 yg bakal menang kelak membuat perubahan pada Batu Sapi sekitarnya....... jadi aku nak komen beberapa hal yg sampai sekarang tak selesai2 errr [YB aku nak cakap sikit....]

1 Jenayah..... kawasan dari Kg. Gelam hinggalah Kg. Bahagia adalah kampung persembunyian penjenayah2 dan para penagih Syabu.... jadi kepada bakal YB tolong sikit [aku jadi segan nak jalan2 area tu start jam 6 petang]

2 Jalan.... dari kawasan Taman Perumahan Malanta hinggalah ke Kg Bahagia kalau YB nak test cuba jadi dreba dan gunakanlah kereta Nasional yg dah berumur 6-7 tahun; YB cuba try test sendiri [jangan guna Ninja King org sekitar ni takda yg guna keta tu]....  bukan macam engko banyak duit!! 

3 Pengangkutan Awan [bas mini van Batu Sapi] pemandu nya selalunya ambik lesen kat polis trafik bukan kat JPJ [errr... bahasa berkias sikit] dan selalunya pemandunya juga ada nyawa spare part 4-5 bijik kat umah dia.... tu pasal laju dan KURANG HAJAR semacam..... tu belum cerita lori minyak sawit@Shell

4 Air.... alamak kadang2 nak mandi junub pun susah.... Cina mana tau nie...... errr kepada yg dekat2 dengan YB tu kasi xplain apek tu sikit......

5 Letrek.... ada sekali tu aku tengah tengok Naruto tetiba mati karan.... fuh punyalah bikin memanas [marah tahap ilmu ninja paling tinggi] kalau masa tu boleh pangkah kertas undi time tu la jugak aku pangkah pembangkang biar tak da karan langsung.... padan muka aku..... bijak sangat undi timbangan dulu hehe.....

6 Hal2 berbangkit........

dan tolong lah aku tau la sekarang ni korang nak menang sangat kat Galas dan Batu Sapi... tapi cukuplah 10 minit berita kat TV tu korang bagi tengok orang syarahan berlatar belakangkan bendera keris telanjang tu.... [aku nak nengok berita bukan org syarahan] yg korang belasah sampai 30 minit perhimpunan agung tu buat apa iskkkk buang masa aku aja duduk depan TV.... 





nota tapak kaki: aku tak sabar nak tengok senarai calon tu hehehe kepada parti2 yg ada hati masuk gelanggang berhati2lah letak pendekar kerana kitorang org Batu Sapi akan "tadah tapak tangan" kalau pendekar nya ngam tapi kalau tak ngam kitorang akan "tadah tapak kasut"...... hehehhe [tadi aku cakap calon tu aku tak kesah errr aku bohong tu... biasalah bohong politik] pasti ada yg serba salah dengar ayat nie nanti..... hehe....tak sabar jugak aku nak tengok pendekar2 yg semalam masuk TV3 datang Sandakan.... jom kita ketuk gendang masing2 awuuuuuu~~~~

errr.....[YB mintak hadiah!!! iskkkk duit la tu buat tak faham lagi....] kebetulan hari penamaan calon adalah hari lahir aku.... 


..................................

update

hehe aku dengar radio Sandakan tadi......kat sebelah BN asau [balu mendiang Edmund Chong] yg jadi calon bukan apek tu..... hehehe [apalah nasib asau tu nanti.......] tengok sajalah nanti.......

nda ada calon lain ka? aduiiii


..................................

update

Uncle Yong TL...... dan Ansari........ 3 penjuru ?............................ errr nampaknya kali ni aku mengundi kat laut lah kot...... dah lama aku tak memancing......... hehehe........

lantak korang lah...... BANGANG betul!!!...... atau aku yg bangang....... ah..... aku peduli hapa.........


...................................


TAPI AKU MASIH NAK TENGOK ORG BT SAPI PILIH SIAPA CIKGU PIANO ATAU PEGUAM BELA YG AKAN WAKILI  SUARA DIORANG KAT PARLIMEN NANTI......

...................................

update

buka paper.... tanya golongan kapitalis cina dan kapitalis melayu.... tanya golongan marhaen..... tanya orang2 kat kedai kopi...... tanya kaum ibu2 yg buta2 pasal politik nie..... tanya apek2 kat pasar..... apek2 dreba teksi........ aku rasa aku dah tau kesudahan episod Batu Sapi nie.......... 

Thursday, October 21, 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD

sempena hari jumaat

(Sallallahu alaihi wasallam)
Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 hijriyyah
di lembah Uranah, Gunung Arafah.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."

"Wahai manusia seperti kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci, kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mula sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah putus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikut dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh."

"Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah ku sampaikan kepada kamu. "

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kapada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-katanya dan mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu."

Wednesday, October 20, 2010

si saloi

Menurut cerita mulut orang tua-tua di Pulau Borneo, iaitu di pulau yang mengandungi negeri Sarawak, Sabah dan Brunei Darussalam serta Kalimantan di sebelah republik Indonesia bahawa pada zaman dahulu ada seorang pemuda bernama Saloi. Saloi ini seorang pemuda yang lurus jujur dan pintar. Dalam pada itu ada masanya dia juga seorang yang bebal dan dungu sehingga perbuatan dan perangainya selalu menyebabkan orang ketawa. Disebabkan sifat dan perangainya yang begitu seringkali dia dipermain-mainkan oleh kanak-kanak.

Adapun Si Saloi ini tinggal seorang diri sahaja, kerana ibu bapanya sudah lama meninggal dunia. Hiduplah Si Saloi dengan bekerja membanting tulang bertanam padi, menanam sayur-sayuran, mengail ikan serta memelihara ayam dan itik. Si Saloi juga merupakan seorang yang rajin bekerja terutama kalau ada orang yang memberinya upah. Ada masanya kalau orang perempuan yang meminta tolong Si Saloi tidak meminta upah, memadai dengan memberinya sedikit makanan sahaja. Disebabkan dia tiada beribu bapa maka orang-orang yang berdekatan selalu juga mengambil berat akan dirinya, lebih-lebih lagi Datuk Penghulu Kampung tempat dia tinggal.

Pada suatu hari Datuk Penghulu Kampung telah memanggil Si Saloi serta beberapa orang tua-tua di kampung itu. Datuk Penghulu ingin menjodohkan Si Saloi dengan seorang gadis yang juga mempunyai perangai lebih kurang dengannya. Nama perempuan itu Cik Putih. Setelah mendengar nasihat dan pandangan daripada orang tua-tua itu akhirnya Si Saloi menerima sahaja cadangan itu. Maka Datuk Penghulu sendiri bertindak bagi pihak keluarga Si Saloi. Dipendekkan cerita maka Si Saloi pun dikahwinkan dengan Cik Putih. Majlis perkahwinan itu amat meriah kerana masyarakat kampung itu sangat rapat hubunganya antara satu dengan yang lain serta selalu bertolong-tolongan.

Majlis perkahwinan Si Saloi dengan isterinya diraikan siang dan malam, diraikan oleh seluruh penduduk kampung. Banyaklah binatang ternakan disembelih buat lauk serta bergantang-gantang beras dimasak. Setiap orang dijamu dengan makanan siang dan malam. Pada sebelah malamnya pula diadakan berbagai majlis, seperti bertandak atau ronggeng, permainan mukun, adai-adai dan sebagainya. Sambil menonton permainan, orang ramai dijamu lagi dengan makanan dan minuman.

Setelah jauh malam barulah kampung itu sunyi kerana setiap orang sudah kembali ke rumah masing-masing untuk tidur, setelah penat dan kekenyangan. Yang tinggal cuma seorang berdua sahaja termasuk Datuk Penghulu dan Si Saloi sendiri. Tidak lama kemudian Datuk Penghulu dan orang yang tinggal itu pun balik ke rumahnya. Melihatkan keadaan yang demikian maka Si Saloi pun berkira-kira untuk masuk tidur. Ketika itu isteri Si Saloi, Cik Putih telah lama tidur seorang diri di biliknya.

Si Saloi pun terus masuk tidur setelah terlalu penat dan kekenyangan. Dilihatnya isterinya sedang nyenyak tidur maka Si Saloi pun merebahkan diri di sebelah isterinya lalu terlena sebentar itu juga. Menurut adat orang-orang kampung itu apabila seseorang itu telah berkahwin maka panggilannya ditukar kepada "Pak" atau "Bapak". Jadi, Si Saloi kini ditukar namanya menjadi Pak Saloi dan isterinya dipanggil Mak Saloi.

Sebentar kemudian Pak Saloi terjaga daripada tidurnya disebabkan perutnya berasa amat sakit, memulas-mulas sahaja perutnya disebabkan terlalu banyak makan dan minum. Pak Saloi lalu bangun sambil menekan-nekan dan mengurut-urut perutnya. Namun perutnya tidak juga beransur pulih, sebaliknya terus bertambah sakit. Berpeluh-peluh badan Pak Saloi menahan sakitnya, sambil dia mengerang perlahan-lahan kerana dia tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang nyenyak tidur itu. Dia pun bangun dan cuba mencari minyak angin atau ubat tetapi tidak berjumpa. Ini disebabkan dia berada di rumah isterinya, bukan rumahnya sendiri. Mengikut adat mereka orang lelaki yang berkahwin untuk masa beberapa hari mereka mestilah tinggal di rumah isterinya dahulu.

Pak Saloi berasa amat serba salah kerana ketika itu perutnya sudah terlampau sakit. Dia tahu isi perutnya yang penuh itu perlu dikeluarkan untuk meredakan sakitnya, kalau tidak ia akan terus menyenak sahaja. Pak Saloi takut untuk turun ke tanah membuang air besar kerana hari sudah larut malam tambahan pula ketika itu kedengaran bunyi burung hantu tidak berapa jauh dari rumahnya itu. Sungguhpun begitu dia tidak boleh menahan sakit perutnya lebih lama lagi, dia mesti membuang air besar secepat-cepatnya.

Setelah puas berfikir dan menahan sakit perutnya, Pak Saloi pun berdiri lalu berjalan menuju ke pintu. Dia membuka pintu dan dilihatnya bulan sedang mengambang dan cahayanya menerangi seluruh kawasan itu. Dia berdiri sebentar di muka pintu tetapi isi perutnya sudah tidak sabar-sabar lagi hendak keluar. Pak Saloi akhirnya mengambil keputusan untuk melepas dari atas tangga rumahnya sahaja tambahan pula tangga itu cukup tinggi dari tanah. Tanpa membuang masa lagi dia pun mengangkat kainnya dan bertenggek di atas anak tangga sambil tangannya berpegang pada birai tangga itu. Dia pun melepaskan hajat sepuas-puasnya. " Biar keluar semuanya, baru senang hati aku," bisik hati Pak Saloi sambil terus meneran-neran.

Pak Saloi merasa lega setelah benda-benda yang menyebabkan perutnya sakit tadi dilepaskan ke tanah dari atas tangga. Dia tidak dapat berfikir lagi bahawa perbuatannya itu tidak sepatutnya dilakukan di rumah isterinya, kalau diketahui orang tentu dia mendapat malu besar. Oleh sebab cahaya bulan masih terang dia pun memandang ke bawah ke arah najisnya jatuh tadi. Dilihatnya najis itu bergerak-gerak dan beredar perlahan-lahan pergi dari situ. Dia tidak sedar bahawa ketika najisnya jatuh kebetulan seekor kura-kura yang besar sedang berlalu di situ. Kebetulan juga najisnya itu jatuh betul-betul di atas belakang binatang itu.

Pak Saloi sangat hairan dan takjub melihat kejadian itu dan dalam hatinya berasa sangat gembira dan senang. Dia memikirkan bahawa najisnya itu boleh bergerak dengan sendirinya dan beredar dari situ. Setelah melihat keadaan itu maka dengan senang hatinya Pak Saloi pun kembali ke tempat tidurnya dan meneruskan tidurnya yang terganggu tadi. Setelah hari siang Pak Saloi pun bangun dan hatinya tetap berasa gembira. Namun begitu dia tidak menceritakan kejadian itu kepada siapa-siapa walaupun kepada isterinya, Mak Saloi.

Pada malam berikutnya Pak Saloi terjaga lagi daripada tidurnya kerana perutnya sakit seperti semalam. "ah perut aku ini dah mula sakit, tak tahukah ia bukankah hari ini sudah malam?" bisik Pak Saloi dalam hatinya. dia sakit perut kali ini kerana terlalu banyak makan emping bersama gula apung. Mula-mulanya Pak Saloi berasa amat malas untuk bangun dan beredar dari situ kerana matanya masih mengantuk. Oleh sebab perutnya semakin lama semakin sakit maka tahulah dia bahawa isi perutnya itu mesti dikeluarkan juga. Dia pun bangun dan berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga seperti semalam. Dia tidak mahu membuat bising kerana tidak mahu menganggu Mak Saloi. Dengan cepat dia pun mengankat kainnya dan mencangkung di atas tangga, di tempat yang sama seperti semalamnya. Pak Saloi sekali lagi terperanjat kerana didapatinya najisnya boleh bergerak dan beredar dari situ. Peristiwa yang sama dengan semalam berulang semula. Pak Saloi akhirnya membuat kesimpulan bahawa kejadian itu bukanlah suatu keanehan tetapi suatu keistimewaan bagi dirinya kerana dia selalu bersifat jujur. Sebenarnya pada malam itu kura-kura yang sama kebetulan berlalu di situ, agaknya binatang itu keluar mencari makanan atau balik ke tempat diamnya. Selepas melepaskan hajatnya Pak Saloi pun kembali tidur di sebelah isterinya dengan perasaan yang sungguh riang dan gembira. Peristiwa itu juga dirahsiakan oleh Pak Saloi dan tidak pernah diceritakan kepada sesiapa juga.


Pada malam yang ketiga perkara yang sama berlaku lagi. Kali ini perutnya sakit lagi denga tak tentu fasal. Dia pun tidak pasti sama ada terlalu kenyang atau tersalah makan... Pak Saloi segera bangun dan mengurut-urut perutnya dan dia segera hendak pergi ke tangga seperti malam-malam sebelumnya. Pada ketika itu terlintas dalam fikirannya akan kejadian dua malam yang lalu. Pak Saloi berfikir sejenak dan berkata dalam hatinya, "Ah kali ini buat apa bersusah-susah pergi ketangga, lebih baik aku buang air besar di sini sahaja kerana najis aku boleh pergi sendiri dari sini."

Setelah berfikir-fikir Pak Saloi pun mengangkat kainnya lalu melepaskan najisnya di sebelah tempat tidurnya sahaja. Dalam hatinya berkata, " Nah, kali ini barulah aku berasa senang, aku tak payah lagi bersusah payah turun ke tangga atau ke tanah. Sebentar lagi tentu najis itu pergi."

Sebelum dia kembali menyambung tidurnya Pak Saloi menunggu najisnya beredar dari situ. Akan tetapi setelah lama menunggu didapatinya najis itu tetap juga berada di situ, tidak bergerak walau sedikit pun. Pak Saloi pun menghampiri najisnya dan berkata perlahan-lahan kerana dia takut isterinya nanti terbangun. "Huuusy, huuusy, huuuusy... Pergilah cepat dari sini, pergi masuk ke dalam hutan sana, apalagi yang kau tunggu."Namun najis itu tetap juga berada di situ. Pak Saloi terus memujuk najisnya beberapa kali namun tiada apa-apa pun yang berlaku. Pak Saloi mulai risau dan gelisah sebab tidak lama lagi hari akan siang dan tentu Mak Saloi bangun. Jika dilihat oleh isterinya tak tahulah dia apa yang akan berlaku.

Setelah lama memujuk najisnya tetapi tidak juga benda itu bergerak maka timbul pula akal Pak Saloi untuk memujuk najisnya dengan cara lain pula. Lalu dia pun segera bangun dan pergi ke dapur untuk mengambil emping padi satu bakul. Maka ditaburkannya emping padi itu ke ke atas najisnya sambil berkata perlahan-lahan, "Nah... aku beri engkau sedikit upah, sekarang apalagi yang ditunggu, lekaslah pergi...Huuusy,huuuusy...Apalagi yang engkau nak tunggu hah?" Namun najis itu tetap juga di situ.

Pak Saloi tidak putus perhitungan, ditambahnya lagi emping itu sambil berkata, "Hai, apalagi yang engkau mahu, hah? Pergilah cepat...Biar aku tambah lagi upahnya... Berapa lagi yang engkau mahu, cakaplah?" Apabila dilihatnya najis itu tetap juga di situ, tidak bergerak-gerak Pak Saloi lalu mencurahkan semua emping yang di dalam bakul ituke atas najisnya sambil tangannya menguis-nguis ke udara mengarahkan najis itu supaya segera pergi dari situ, tetapi sia-sia sahaja.

Pak Saloi semakin risau dan berlegar-legar di situ sambil memujuk najisnya. Dia masih lagi merayu dan memujuk agar najisnya segera keluar dari tempat tidur itu. Dalam keadaan yang demikian, Mak Saloi pun terjaga. Dia menyangka Pak Saloi sedang mengigau dan sedang bercakap dalam tidurnya, lalu dia pun membuka matanya. Dilihatnya Pak Saloi sedang sibuk merayu najisnya keluar dari situ, Mak Saloi pun meraba badan suaminya sambil berkata, "Apa yang abang cakapkan sorang-sorang ni? Tidurlah... Kan hari masih malam, jangan mengigau lagi. Itulah abang... Nak masuk tidur tak mahu basuh kaki dahulu."

Pak Saloi mendiamkan diri sahaja, berpura-pura tidur. Mak Saloi berkata lagi, kali ini agak kasar sedikit kerana matanya mengantuk dan suaminya membuat bising, menganggunya," Sudahlah... Tidurlah tu... Jangan nak memekak sahaja malam-malam buta ni."

Pak Saloi terus sahaj mendiamkan diri apabila ditegur oleh isterinya. Dia berpura-pura tidur dan berdengkur sedikit-sedikit, tujuannya supaya Mak Saloi kembali tidur agar dia dapat meneruskan kerjanya mengusir najisnya keluar dari bilik itu. Oleh sebab Pak Saloi terlalu mengantuk dan hampir semalam-malaman itu dia tidak dapat tidur, Pak Saloi pun terus terlena hingga ke siang.

Apabila hari sudah siang Mak Saloi pun bangun daripada tidurnya. Dilihatnya Pak Saloi masih tidur dan berdengkur lalu dibiarkannya sahaja. Pada fikirannya suaminya tentu masih mengantuk kerana diganggu oleh igaunya semalaman itu. Setelah bangun Mak Saloi sangat terperanjat kerana dilihatnya emping bertaburan di sisi suaminya. Dia menyangka tentulah emping itu tertumpah dilanggar kucing kerana bakul emping itu tidak jauh dari situ. Mak Saloi mengambil bakul itu lalu dikutipnya emping yang bertaburan di atas lantai sambil berkata "Kuuurrr semangat emping... Mengapakah kau bertaburan begini?"

Semasa Mak Saloi mengutip emping dan memasukkannya ke dalam bakul dia tercium bau busuk. Dia menyangka bau itu adalah bau emping yang sudah 'buruk', yakni busuk dan rosak disebabkan sudah terlalu lama disimpan. Kalau sudah busuk buat apa disimpan lagi, sudah tidak boleh dimakan. Mak Saloi pun terus membuangkan semua emping yang dikutipnya itu ke tanah dan terus dimakan oleh ayam. Memikirkan semua empingnya sudah busuk, Mak Saloi pun terus ke dapur dan mengambil semua emping yang tersimpan di dalam upih dan sumpit laludibuangkan ke tanah. Berebut-rebutlah ayamnya mekan emping itu.

Apabila matahari sudah sepenggalah tingginya barulah Pak Saloi terbangun. Ketika itu Mak Saloi sudah tidak ada lagi di rumah, dia sudah berada di kebun menanam sayur-sayuran dan membersihkan kebunnya itu. Pak Saloi memerhatikan najisnya semalam, didapatinyanajis itu sudah tiada lagi. Dia pun berfikir dalam hatinya, "Oh, rupa-rupanya pergi juga engkau setelah puas aku pujuk,ya. Rupanya engkau hendakkan upah dulu baru kau mahu pergi."

Pak Saloi menjenguk ke luar tingkap didapatinya hari sudah siang benar, matahari sudah tinggi dan orang-orang kampung sudah pergi ke kebun masing-masing. Pak Saloi pun memanggil isterinya beberapa kali tetapi tidak ada jawapan. Pak Saloi masih terasa mengantuk dan letih dan ingin sahaja terus menyambung tidurnya tetapi perutnya sudah mulai berasa lapar. Maka Pak Saloi pun bergegas pergi kedapur untuk mencari sarapan tetapisemuanya sudah tidak ada. Dicarinya emping yang masih tersimpan di dalam upih dan sumpit rotan di rak pun semuanya sudah tidak ada. Upih dan bakul serta sumpit rotan itu semuanya kosong belaka. Pak Saloi berasa sungguh hampa dan perutnya juga sungguh lapar. Pak Saloi pun mengeluh kehampaan, "Hai... sampai hati engkau najis... Engkau habiskan semua emping aku... Tak kasihan sedikit pun rupanya engkau pada aku, ya...? Begitu lama kau duduk dalam perut aku bila keluar begitu balasan engkau pada aku..."

Pak saloi pun duduk di tangga rumahnya sambil termenung dan berfikir, fikirannya tidak lain untuk mendapatkan sarapan sahaja kerana perutnya sudah berkeroncong. Mahu tidak mahu Pak Saloi terpaksa juga duduk di situ menunggu isterinya pulang untuk memasak makanan tengah hari.



nota: aku baca buku ni masa sekolah rendah sebenarnya tebal juga buku hikayat si saloi ni.... ntah siapa ada simpan buku tu lawak gila aku nak fotokopi.... hehehe


cerita ni aku curi dari sini : http://theyous2010.blogspot.com
dengar cerita filem nya pun ada : http://www.malaysianmirror.com/media-buzz-detail/12-sabahsarawak/38550-first-iban-film-saloi-the-movie-

Monday, October 18, 2010

sesat d Facebook 3

"Saya berniat untuk menyahaktifkan akaun facebook saya. Namun sehingga saat ini, saya masih belum boleh melepaskan rasa kecanduan saya terhadap facebook" anda pernah berkata begini?
jom kita kongsikan petua ini

cara2 untuk melupakan facebook:

1. Kenapa anda mau berhenti ber facebook, buat satu analisa, beberapa tujuan anda ber facebook seberapa banyak mungkin...
Lalu analisa seberapa baik Facebook dapat memenuhi keperluan anda selama sebulan ketika menggunakan facebook.

2.Cari cara lain untuk berinteraksi dengan teman anda seperti melalui email atau telepon

3.Masukkan password baru [Facebook login] yg amat sulit untuk anda ingati [tulis d lebaran kertas dan jgn lupa setkan browser anda agar tidak menyimpan password tu ] setelah anda nyahaktifkan akaun facebook anda; bakar kertas tu....

4. Jangan terpengaruh dengan orang yang sedang membuka site Facebook. Lebih baik anda gunakan waktu berinternet anda untuk mencari informasi baru
atau membaca blog yg lebih bermanfaat.

Sebenarnya Facebook mendorong kita untuk menjarak satu sama lain. Kita sekarang bersosial dengan sendirian di kamar yang memberikan kita semacam pertunjukan sarkas dari diri kita sendiri......
dan yg paling mengkhuatirkan......ada orang bilang Facebook itu Candu..... kata aku: ya.... 100% betul..... betapa hebat godaan dan pujukan Facebook masa aku tutup akaun tempohari....

Saturday, October 16, 2010

masih klik FACEBOOK ?

bagi aku tidak !!!

dan untuk kawan2 d luar sana..... aku cakap; Facebook tu sebenarnya Candu!!! dalam bentuk baru..... aku bukan tak suruh korang klik kat situ.... cuma tepuk dada tanya kepala hotak hehehehe.... hehehehe [aku pun kantoi jugak bab Facebook ni]

selamat tinggal Facebook..... selamat tinggal rakan2 maya...... selamat tinggal sahabat lama...... selamat dan terima kasih juga atas semua keakraban kita semua d dunia maya.......

aku nak kongsi sesuatu.... dan buat rakan2 maya...... jangan hisap candu tu lama2 sangat merbahaya..... hehhehe bye


































nota: tapi ini hanya pendapat aku sorang..... kalau ada yg masih mau hisap candu tu hisap saja lah tak ada yg marah.... lagi pun mungkin anda nak jadi super hero dalam Facebook tu jadi penyalamat dunia... siapa tau.... sekurang kurangnya; daripada semuanya penyamun baik ada hero kan!!! [itu pendapat aku dulu]

Antara restoran Mamak dgn restoran hindu


Kitorang percaya, mesti ramai antara korang yang suka lepak kat mamak right? Maklumlah, sambil-sambil pekena roti canai dan teh tarik, boleh layan tenet dengan wifi free. Hehee.. Tapi untuk korang yang beragama Islam, pernah tak korang tanya kat mamak tu samada depa muslim ataupun mamak palsu (Hindu)? Mesti tak pernah kan sebab kat mana-mana restoran mamak (even kat restoran mamak palsu) awal-awal lagi kita sudah disajikan dengan pelbagai ayat Al-Quran yang digantung pada dinding yang membuatkan kita yakin bahawa restoran itu adalah restoran Islam.
Dan untuk bertanya tu pulak, maybe kita agak keberatan disebabkan faktor sensitiviti walaupun kita selalu mendengar pepatah melayu yang berbunyi “malu bertanya sesat jalan”. Jadi untuk mengetahui samada restoran tu mamak islam yang punya atau sebaliknya, korang boleh cuba try test cara kat bawah ni yang mana ianya kitorang ambil dari sebuah laman forum.

Antara restoran Mamak dgn restoran hindu
Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;
Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – “daging lembu” atau “daging kambing”. Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.
Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; “ada lauk daging tak?”
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “kambing ada, daging lembu tiada”.
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, “kenapa tiada lauk lembu?”.
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) dikawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda!

Diambil dari forum cari.com.my post oleh Anak_Nogori
Moral of the story: Makanlah dikedai Melayu yang kehalalan’nya sudah diperakui. Halalan toyiba.

Friday, October 15, 2010

masa............



tentang masa........
masa......

siapa yg tahu?......
sedia; suka, mau atau tidak

demi masa....
masa itu pasti datang jua....

hanya....
untuk satu pertemuan

pabila sudah tiba masaku
tuhanku
ampuni aku

Thursday, October 14, 2010

pesan















“Hidup ini bukanlah suatu jalan 


yang datar dan ditaburi bunga, 

melainkan adakalanya disirami 
air mata dan juga darah”. 
(Prof. Buya HAMKA) 





Wednesday, October 13, 2010

tanpa tajuk yg indah [tiada tajuk yg indah d sini]

lagu....
jadi peneman......

teman sunyi....

tapi....
lagu itu sudah ku padam
padam pada ingatan
padam pada semua yg ada

sekarang sudah tiada
tiada lagu
tiada...... memang sunyi.....

aku benci bila tiada

tapi kehidupan ini
ada atau tiada.....
aku kena terus bersiul

suka atau tidak
aku masih d jalanan ini bersama lagu-lagu lama.....

Tuesday, October 12, 2010

catatan tokeh sasau 3

"bang ambik la dia kerja bang..... cantik tu bang... ada lesung pipit..... " kata pekerja ku. macam dia tau2 saja kelemahan bos nya ini.... pantang ada perempuan comel sikit paling koman mesti dapat senyuman manis dari tokeh yg alim lagi beriman ni [mudah2an ada 40 org cakap benda yg sama.... mana tau jadi betul2 beriman heheh] "mana" sambil aku noktah sekejap komen ku d Facebook.....
"tu d meja satu" sambil aku menjeling2 dan rasa2 ada sedikit tanduk macam mau keluar dari dahi aku nie (makna nya cantik la tu) aku kata kat pekerja aku yg mati2 rekemen nie..... "korang nda dapat tampung kerja kah?" "sampai mau ambil pekerja lagi?"
"nda juga lah..... " sambil senyum2 kambing dia membalas.....
"mintak no telefon nya saja" ayat ku lagi......

setengah minit kemudian "nah bang no telefon nya"

aku pun sambung balik komen2 aku kat Facebook sambil konon2 toleh kiri kanan [padahal menjeling] aku sebenarnya bukan nak tengok apa..... sebenarnya ada beberapa petua nak tengok perempuan ni nak bagi kategori yg layak d jadi kan apa..... bakul mana nak simpan.... errr dalam erti kata lain.... layak tak nak buat bini atau hanya jadi gundik ataupun tak layak jadi apa2.... tapi aku jeling kali ni bukan jeling nak cari bini..... bini yg satu nie pun dah kadang2 buat tengkorak aku nie pening jadi kalau nak tambah bini aku kenalah cari satu lagi tengkorak buat share2 pening2 tu....
aku jeling kali nie adalah jelingan seorang tokeh...... hal pertama aku jeling adalah tangan dan jarinya....... kalau yg ni tak lepas exam yg lain pun confirm fail..... dan dari pemerhatian aku sebagai tokeh yg tak seberapa nie.... tangan awek ni hanya layak pegang tangan aku saja..... heheh dia tak layak kerja kat restoran nie.... kang 2-3 hari keja dah mintak gaji nak pulang nenek dia sakit tenat...... so dari aku pening2 baik tak payah pening.....

cuma aku sedikit bingung dan keliru no telefon yg aku pegang ni..... aku nak buat apa..... nak buang tak baik untuk alam sekitar...  nak simpan buat azimat ustad marah! syirik!  iskkk konfius aku.....errr emmm cantik nombornya sama macam orang nya...... hehehe....... [spesis yg ini selalu buat aku lupa yg aku ada stok spesis yg sama kat stor rumah aku]

Monday, October 11, 2010

jangan kacau...... aku bzy.......


aku bzy 2-3 hari ni layan menatang ni...... erk tak cukup tidur warggghhhhhhhh~~~~~~~

Friday, October 8, 2010

edarkan kepada 13 orang

malam tu aku lepak kat depan TV [dah lama sangat rasanya TV tu tunggu aku tengok dia] sekonyong2 berbunyilah henset Norkia aku d sertakan dengan vibret nya sekali..... aku tau dari bunyi tu.... bunyi yg menyuruh aku jadi masyarakat pembaca masyarakat berilmu..... masyarakat yg cintakan buku...... maka demi menyahut seruan Dr Mahadir tu aku pun bingkas bangun untuk membaca surat ringkas yg d tujukan ke nombor henset ku tu......

aku baca bait demi bait pantun seloka sajak yg tertulis d kaca Norkia ku

ku lihat pengirimnya Hj fulan bin fulan [tak sebut kang tersinggung]

"coba kita buktikan Insya allah. Bismillah: innakala minal mursalin a'la siratim mustaQim tanzilal azizir rahim Litunzira qaumamma unzira aba unum fahum ghafilun. tolong potongan ayat dr Sura Yasin ini minimal 13org insa allah 2jam kemudian kmu akan mendengar kbar baik & mendpt ke bhgiaan, demi allah dan jgn di hapus sebelum di sebar yaa.. kita berbagi doa ke sesama muslim"
[aku sengaja ikut setiap huruf yg d taip kecil dan besar]

ntah lah betul atau tidak ayat yg haji nie kirim [sebenarnya aku tahu dia berniat baik.... beliau juga selalu belanja aku minum] aku malas nak bukak tafsir..... tapi sebagai budak yg ada sikit tanya2 kat orang [hasil banyak tanya dan banyak baca nie] aku nak bagi tau org2 kat luar sana....

terlebih dahulu ampun dan maaf.... aku bukan lah seorang yg warak @ alim tapi pernyataan yg aku taip kat sini adalah hasil pemikiran kepala otak aku yg tak berapa betul dan memang tak berapa bijak.... tapi aku cuba pikir benda ni dengan akal logik sahaja so aku tak lah sertakan hadis atau tafsir maupun fatwa mana2 ulama... hanya menggunakan akal logik sahaja..... errr maaf juga kepada pengirim aku punya ayat ni agak kasar

"buat pengetahuan anda teknologi henpon yg kita pakai ni adalah ciptaan Yahudi.... [pakailah utk kebaikan] jadi dengan itu mudah lah kita d sesatkan dengan macam2 benda dalam teknologi nya tu...... salah satu nya ialah : kirim SMS ke 10 org atau ke seberapa ramai...... yg credit korang mampu... sebenarnya tidak akan mengubah apa2 yg telah d tentukan Allah..... dalam erti kata lain SMS tu bukan tuhan.... dan lagi satu.... kalau pun ada kebaikan yg korang terima sebenarnya itu adalah kurnia daripada Allah bukanlah sebab dari korang kirim SMS tu..... [bangang- sory kasar sikit] dorang nak korang habis credit so boleh beli lagi dan kalau dah tak da duit nak beli credit p mencuri atau p menipu pas tu kirim SMS lagi...... "

kalau betul korang nak sangat kirim kebaikan pada semua umat islam... baik ikut petua ni...... [org alim ajar kat aku]

baca Al-Fatihah dan hadiah kan lah buat semua umat islam sama ada yg hidup atau pun yg telah meninggal dunia.....  lagi free tak payah makan credit henpon korang...... [ada paham?]

Thursday, October 7, 2010

pesan......

pagi tu aku mampir ke rumah orang tua ku selepas beberapa bulan konon2 mau hidup sendiri2 [menyewa rumah] sampai sahaja aku terus duduk d ruang tamu dan secara sopan aku menyalami tangan kedut pakcik aku yg juga mampir ke rumah sepupunya itu [sepupu emak aku] beliau merupakan salah seorang kasanova pencen macam aku hehehehe...... kehebatan beliau sewaktu belum bersara biarlah aku saja yg tau [tak baik membuka aib orang... tuhan marah!! nanti aib kita pulak tuhan bukak.... kan naya] cukuplah aku ayatkan amat hebat!! itu saja...... kami berbual2 pasal awek [dia tau aku baru kawin masa tu] pasal bisness, dan pasal agama.... aku ingat lagi masa tu bulan syawal.... dan dia datang ke situ pun atas tuntutan bersyawal dan lagi bersamaan dengan hari jumaat..... memang sesuai sangatlah bercerita hal2 keagamaan ni dan aku selalunya lebih banyak bertanya kalau bab agama ni bukan apa aku nie dah lah posa kadang2 zikir jarang2 solat bila senang dan kebanyakan amal2 yg boleh meluaskan kubur aku tu aku hanya buat ala kadar...... dan kadang2 bukan tak tau.... dah dari kecik dah kena ajar cuma kadang2 aku nie tak masuk ajar kepala batu... dan kadang2 kepala aku lagi keras dari batu.... itu lah aku masa tu..... dan aku fikir dengan berKAHWIN boleh lah buat aku jadik sedikit baik... tapi sebaliknya aku tak jadi baik pun cuma bab baik dalam bab pengurusan masa...... kalau dulu sebelum kawin aku pulang rumah jam 1 pagi ha lepas kawin ni aku dah mula balik rumah jam 12.30 tengah malam [ok la tuu...]
dari satu topik ke satu topk kami bual kan....

...........................

sambil mengurut2 tongkat besinya   [dia simpul sendiri berangka 8 ] pakcik aku seiring derai ketawanya bercerita [aku suka abila org tua ni bertopik awek] kami ketawa senyum hu ha hu ha.....
tapi bila tiba topik agama dia agak sedih sedikit dan agak serius....

nasihat nya pada aku yg aku tak boleh lupa.......

"tuhan tu adil dan penyayang.... kita sebagai hambanya d beri masa panjang sederhana pendek dan sedetik.....  kalau kau tak dapat sembahyang lima waktu sembahyang lah seberapa waktu yg kau mampu dan bila satu waktu pun dah tak mampu.... kau tunaikanlah sembahyang jumaat.... dan kalau pun terlalu sibuk sampai jumaat pun dah tak boleh sembahyang tuhan tu bagi lagi peluang untuk kau sembahyang hari raya bukan satu malah dua kali hari raya tuhan berikan dan kalau pun dah terlalu teruk sampai sembahyang hari raya pun dah tak boleh kau tunaikan sekurang2nya kau tunjukkan la bahawa kau ni masih beragama islam....."

aku betul2 terdiam terfikir.......

beberapa bulan selepas pertemuan kami itu..... dia memangil kami sekeluarga mampir ke rumahnya... bukan untuk beraya.... tapi untuk bermaaf2an konon katanya agar kami boleh bersilaturahim [sambil melihat wajahnya] kerana masanya sudah hampir.....

dan buat beberapa ketika kadang2 aku teringat pesanan nya bila tiba jumaat begini...... memang Allah itu maha pengasih dan maha penyayang...

banyaknya peluang Allah bagi..... smayang raya bg yg paling teruk.....

pakcik..... pesan mu tetap ku ingati semoga amalku yg sedikit ini dapat meringankan azab ku dan memadam sedikit dari dosa2 ku yg bertimbun2 ini

pakcik terima kasih.... Al-Fatihah......

Sunday, October 3, 2010

sesat d Facebook 2

"saya tidak letak sebarang harga pada anak pompuan saya...sbb anak pompuan saya adalah manusia ...bukan kerbau, sapi atau pun kucing yang perlu di letak kan harga & ditawar-tawar harganya. terserah pada pihak lelaki...memberi hadiah semampunya kepada anak perempuan saya." sila guna ayat ini di masa hadapan [credit to Betty Susanti]


alangkah indah kalau semua ibu bapa berfikiran begini........

aku tertarik dengan status FACEBOOK kawan aku yg sorang nie..... ntah dia dah kawin atau belum [sebenarnya aku tau belum... yg tengah mencari2 calon tu bleh la add dia] 

balik kepada ayat tu terus aku teringat suatu ketika dulu 3 tahun aku kunun2 becinta dengan awek ni [walaupun kadang2 aku selalu curi2 keluar dengan awek nurse tapi dalam hati aku hanya ada awek tu sorang ]...... semua keluarga dah ok baik keluarga aku dan keluarga awek tu...... 

"10ribu dan kasi besar tu majlis d hotel maklum la anak bongsu" kata2 itu masih ku ingat.... dan terasa betapa tak mampunya aku waktu itu...... [dan duit yg aku kumpul untuk konon [adalah dalam RM2k hasil gaji yg 600 sebulan] naik meminang aku belasah deposit kereta yg CCM nya juga 600.... dan dari waktu tu aku mula belajar cari makan d jalanan] 

dan start waktu tu juga aku d label Playboy gara2 cari awek lain.... [soalnya aku memang tak mampu.... so dalam urusan jual beli ni bagi aku kalau dah tak mampu.... baik beli barang lain yg aku mampu]

........

akhirnya...... aku memilih anak gadis yg orang tuanya menerima aku seadanya tanpa melihat sijil dan kelayakan ku dan tanpa apa2 prosidur sulit 

"siapa pun kau yg penting kau sayang dan mau jaga anak kami sudah cukup"  aku cukup tabik org tua yg aku panggil bapak [mertua] ni.....

.......

buat yg berkira2 untuk meminag, atau d pinang maupun ibu atau bapa...... dahulukan lah kebahagiaan anak d samping batas2 adat dan agama.... janganlah pedulikan sangat cakap2 jiran atau keluarga yg tak berapa ngam tu.... begitu juga adat2 yg tak masuk akal tu..... bawak2 la bertimbang rasa...... tengok2 la jugak poket bakal anak menantu tu..... 

.......

buat yg bujang [macam aku] tu ukur baju d badan sendiri..... bukan ukur baju kat badan bakal mentua hehhehe 

salam.......