Tuesday, August 17, 2010

cina melayu......

Chua kepada TPM: Sila ikuti peredaran zaman


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keadaan sosio-ekonomi Malaysia telah berubah dan sehubungan itu, tidak perlu baginya mengungkit lagi pertumpah berdarah 13 Mei 1969.

chinese economic congress 140810 chua soi lekDalam kenyataan hari ini, Chua melahirkan rasa kecewa dengan amaran Muhyiddin semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

“Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman.

Diheret perang mulut

“Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka, “ kata Chua.

Chua dan pemimpin Umno sejak Kongres Ekonomi Cina, sabtu lalu diheret dalam perang mulut apabila kopngres anjuran MCA itu membuat resolusi yang mendesak ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.
chinese economic congress 140810 audienceChua yang mempertahankan 13 resolusi yang diluluskan, berkata kongres berkenaan langsung tidak menyentuh hak istimewa masyarakat Melayu.

Sebaliknya, menurut beliau, MCA mencadangkan dalam usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 - seperti sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Baru Ekonomi, ia mesti berdaya saing menarik pelaburan asing berjumlah RM115 bilion setiap tahun.

Chua berhujah ia hanya boleh dicapai melalui liberalisasi sektor minyak, gas dan telekomunikasi serta pemotongan subsidi. Selain itu, sistem tender yang sebelum ini memihak kepada bumiputera perlu digantikan dengan sistem terbuka.

“Bahagian ekonomi yang berkembang adalah umpama air pasang yang akan menaikkan semua bot, jadi semua rakyat Malaysia akan mendapat agihan kekayaan yang adil,” katanya.

perkasa first agm 270310 keris“Kita tidak pernah sama sekali bercakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Malah, kita memperakui bahawa dasar afirmatif perlu berdasarkan keperluan, merit dan mesra pasaran.

“Kami juga menyokong bumiputera diberikan keistimewaan dalam beberapa sektor ekonomi apabila ekonomi di liberalisasi bagi tender terbuka.
Jangan persoal kesetiaan MCA

“Bagi membolehkan bumiputera bersaing dengan wajar dan pantas, maka kami mencadangkan pengurangan 30 peratus ekuiti bumiputera secara berperingkat dan memperkenalkan harga preferensi,” katanya.

Chua juga mengketepikan dakwaan Muhyiddin dan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang MCA mula memperlihatkan ketida-setiaan kepada BN.

NONEKatanya, kesetiaan MCA tidak patut dipersoalkan kerana ia telah berjuang dengan Umno dan gabungan itu sejak sekian lama dan melalui pelbagai krisis bersama-sama.

“MCA amat sensitif dengan peranannya dalam rangka Barisan Nasional tetapi kita juga mempunyai peranan untuk dimainkan sebagai parti Cina supaya kita boleh terus menjadi relevan,” katanya.








kata aku : harap2 org2 kat sabah ni tak macam org semenanjug sana.... yg bengong dan jiwa kacau..... aku bukan jenis yg pandai sangat soal politik ni kalau org cerita politik aku akan komen dua perkataan saja "betul dan ya" sebabnya... memang aku tak berapa paham soal politik dan aku memang tak berapa nak ambil paham..... dan kalau org tanya pun aku jawab "ntah" tapi kalau soal awek.... aku boleh cerita luar ke dalam... dari A sampai Z aku boleh buat org meleleh air liur 4-5 jam..... 
sekarang ni buat pertama kali nya aku nak komen sikit soal politik.... politik semenanjung..... aku harap penyakit rasis [ngam ka ejaan aku nie?] macam kat semenanjung ni tak lah berjangkit ke sabah sebab aku tengok kat sana diorang dah nak mula macam anak dara sunti yg demam bila pertama kali nak datang bulan.... dah panas suam2..... harap2 jangan jadi demam panas la.... harap diorang kat semenanjung tu boleh carik doktor atau cari pakar perubatan alternatif..... 
aku rasa kat sabah ni ok sikit melayu cina boleh tolak ansur dan saling menghormati.... jangan jadi cam org politik yg bengong tu semata2 mau kuasa diorang laga2kan suku kaum melalui media... melalui media diorang cakap bangsa itu tuntut ini, bangsa ini tuntut itu.... dan akhirnya 2 bangsa berperang.... dan bila berperang pasti ada yg jadi penyelamatnya........
si penyelamat jadi hero.... jadi sanjungan konon dialah yg menyatukan bangsa ini jadi 1malaysia.... dan bila pilihan raya nanti semua org pangkah dia.... dia lah penyelamat.... dia lah hero.... dialah pejuang negara.....

[errr sori kalau telebih ayat....]

p/s : masa puasa gini teringat cerita politik kedai kopi; sarapan dengan apek2 jiran aku kat Sukau Baru hehehehe..... dan kami semua berdiri atas pagar yg sekarang ni dah senget ke sebelah......

2 comments:

El Syifa said...

Teringat kisah semalam .. user fb dr indon .. dok kata ganyang malaysia .. tus saya remove .. ngeh

jutawan metal said...

hehehe itu indon kurang sekolah tu....