Friday, August 27, 2010

facebook

aku tertarik membaca posting dari admin Warga Sandakan mengenai blog ini

http://kadirjasin.blogspot.com/2010/08/facebook-sekadar-makluman.html

beberapa bulan lepas aku pun membuat perkara yg sama apabila memikirkan beberapa perkara.. antaranya komen2 mengenai keagamaan yg sebenarnya aku pun kurang arif dan tak berapa pandai [belagak macam ustad la konon] dan yg lebih teruk lagi apabila secara tidak sengaja menyebarkan beberapa fitnah kepada badan2 @ syarikat2 tertentu..... yg kononya dakwah sedangkan sebenarnya kebenaran yg sebaliknya..... dulu sebelum kelahiran Pesbuk aku pernah juga ikut2an menyebarkan email konon untuk memboikot Zionis [email boikot satu produk makanan] dan hanya selepas beberapa tahun setelah membaca akhbar tentang kerugian besar [hampir bankrup] syarikat itu aku baru sedar bahawa aku telah sama2 menyebarkan fitnah kepada saudara seagama ku sendiri.... dan yg sedihnya pemilik syarikat itu bukan sahaja beragama islam malah antara org2 islam yg begitu low profile dan kuat bersedekah.... [ya Allah bagaimana aku dapat memohon ampun pada insan itu... atas dosaku sama2 memfitnah syarikat beliau] atas rasa bersalah itu aku hanya dapat membantu dengan membuka akaun d bank beliau......

terbaru d pesbuk konon produk2 makanan China yg d ragui halal haramnya...... yg turut d sebar dan d kongsikan warga pesbuk.... aku jadi segan hendak berkongsi ataupum membuat apa2 juga komen.... kerana mungkin atas sebab persaingan ekonomi [US vs China] perkara ini timbul.... wallahualam... Allah lebih mengetahui.... yg aku tahu warga islam d China lebih banyak dari rakyat Malaysia ! kalau benar produk itu tak halal bermakna selamat lah kalau aku menyebarkan maklumat ini dan kalau sebaliknya bagaimana pula aku dapat memohon ampun dan maaf atas rezeki umat islam d sana yg aku dah fitnah......pastinya mereka terpaksa mencari pasaran halal yg baru seperti Malaysia.... [nak tembus market bukan senang beb] jadi aku ambil jalan selamat dengan "no komen" dan tak payah kongsikan apa2 soal2 agama dan halal haram..... kecuali yg aku dah betul2 pasti..........

d lain sisi aku rasa dunia pesbuk memerlukan pemikir2 untuk menyeimbangi pemikir2 yg senget sebelah dan pemikir2 yg mempunyai agenda sendiri....... jadi sebagai pemikir kelas tepi jalan dan marhaien cam aku ni mungkin masih d perlukan selepas ku lihat anak2 muda yg kurang sikit tahap ESQ nya membuat komen yg senget dan beragenda.....

cuma misteri nya akaun pesbuk yg dah ku tutup boleh aktif balik..... dan sehingga kini aku masih pesbuk2an

No comments: