Sunday, August 29, 2010

Suasana Hari Raya - Anuar & Ellina



ketika terdengar lagu ini aku teringat zaman kanak2 ku dulu yg tak pernah memikirkan apa2 jua masalah hidup...... zaman kanak2 ku dulu kalau dalam suasana 10 malam terakhir sebelum penyimpan mohor besar raja2 tu umum tarikh raya.. pastinya sibuk dengan bunga api, mercun, tak kiralah buat sendiri ataupun yg beli kat kedai keling..... yg penting kemeriahan itu tetap d jalani....... petang tadi ku lihat anak2 jiran bermain bunga api..... namun yg tak ku lihat keakraban dengan anak2 jiran yg lain huh zaman dah berubah..... masa lalu adalah masa yg amat indah yg tak dapat aku tarik kembali untuk d jalani generasi selepas ku...... kemeriahan tetap ada tapi kurang bernyawa.....  nyawa hari raya tu dah luntur jika ku banding dengan zaman ku dulu...... apa pun mungkin ini suasana d abad ini abad yg hidup sendiri2 kau kau lah.... aku aku lah.....


aku rindu suasana kampung...... kawan2 sekampung..... dan yg paling penting awek2 kampung tetap menjadi pujaan hati ku.....

Saturday, August 28, 2010

Perang dunia 3

Boleh percaya atau boleh tidak tapi ramalan ini sunggung mengerikan. Seorang peramal asal Bulgaria, yang disetarakan dengan Nostradamus atau peramal terkenal Valdes, mengatakan, perang dunia ke 3 akan meletus pada November 2010.
Diawali dengan perang antara Negara jiran yang berkembang menjadi besar dan melibatkan banyak Negara, serta terjadi perang nuklear dan senjata kimia. Perangh hebat ini akan berlangsung empat tahun, hingga 2014.
Akibatnya sungguh mengerikan, perang ini menghancurkan hampir semua kehidupan di belahan bumi Utara, khususnya Eropah yang penduduknya nyaris musnah. Benua eropah diramalkan hanya didiami  sedikit orang kerana banyak yang musnah kerana perang.
Perang Dunia kali ini tidak seperti perang dunia I dan II, kali ini kecanggihan teknologi senjata, nuklear, kimia, dll, ikut berperang menghancurkan semua, bukan hanya pasukan yang terlibat perang tapi juga masyarakat yang tak berdosa. Selepas perang, hampir sebahagian besar penduduk dunia akan mengalami penyakit kanser kulit dan penyakit kulit lain akibat senjata kimia dan nuklear.
Lebih jauh tentang ramalan itu ikuti ulasan ini.
Tidak banyak orang percaya pada ramalan namun kepercayaan itu biasanya baru akan muncul ketika apa yang diramalkan mula menunjukkan kebenaran atau menjadi kenyataan. Seperti halnya Vanga yang mempunyai nama asli Vangelia Gushterova, seorang peramal asal Bulgaria.
Pada awal kemunculannya, tak banyak orang percaya ramalannya tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa depan. Namun seiring waktu ketika ramalannya itu mulai menjadi kenyataan, orang pun mulai berpaling padanya. Mulai mengingat-ingat apa yg pernah dikatakan dulu. Banyak ramalan-ramalan Vanga tentang peristiwa-peristiwa besar yang menggoncang dunia, pada akhirnya menjadi kenyataan.
Vanga telah meninggal sejak 1996. Namun ramalan-ramalannya tentang masa depan dunia kini dicermati semua orang. Selepas beberapa ramalan terdahulu menjadi kenyataan. Sebut sahaja, ramalannya tentang serangan pengganas pada Amerika pada 9 September 2001 atau dikenali dgn 9 / 11. Ketika itu dia mengatakan Amerika akan ‘jatuh’ oleh serangan burung baja. Dan itu menjadi kenyataan di mana pusat kebanggan Amerika, World Trade Center, ditabrak oleh pesawat yg dibajak pengganas.
Dia juga pernah meramalkan tentang meletusnya Perang Dunia ke-II, juga tentang Prestroika yang menjadikan ‘wajah’ Russia berbeza, serta kematian Putri Diana. Atau tenggelamnya kapal selam Kursk di Laut Barents yang berkaitan konflik bersenjata di South Ossetia. Ramalan tentang tenggelamnya kapal selam nuklear kebanggaan Russia, Kursk, ini diungkapkannya pada 1980. Beliau mengatakan, “pada pada agustus antara tahun 1999 atau 2000, Kursk akan diliputi air dan dunia akan menangisinya”. Ternyata terbukti, tahun 2000 kapal selam nuklear itu tenggelam.
PERANG DUNIA KE-III
Namun yang menggegerkan Vanga meramalkan tentang meletusnya Perang Dunia ke-3 tahun 2010. Mengikut ramalannya , Perang Dunia ke-3 itu terjadi kerana konflik akibat percubaan pembunuhan terhadap ketua Negara, yakni Ukraine, Estopnia, Lithuania dan Poland yang bahagian ke Georgia. Perang Dunia meletup selepas konflik yang berlaku di Hindustan (India).
Awalnya, peperangan tersebut hanya perang saudara antara Negara jiran yang bermula pada November 2010. Lalu perang itu  melibatkan banyak Negara, berlaku perang nuklear dan senjata kimia. Perang Dunia ke III ini akan selesai menjelang Oktober 2014.
Berikut ini antara ramalannya yang mengerikan:
2011: akibat perang, hujan radioaktif akan menghancurkan hampir semua kehidupan di belahan bumi Utara. Kebanyakan orang-orang Eropah akan musnah dan menghadapi ancaman daripada Muslim yang akan mempergunakan senjata kimia untuk menghabisi mereka.
2014: Akibat mengerikan diterima penduduk dunia akibat serangan senjata kimia dan nuklear selama perang. Di mana sebahagian besar penduduk dunia akan menderita kanser kulit dan penyakit kulit lain.
2016: Penduduk Eropah semakin sedikit, nyaris benua itu tidak didiami.
2018: China akan tampil sebagai Negara superpower baru, yang mempunyai kuasa besar di dunia.
2023: Orbit tanah akan berganti
2025: Penduduk eropah masih sangat sedikit.
Vanga lahir 1911 dengan nama Vangelia Pandeva Dimitrova, selepas berkahwin namanya menjadi Vangelia Gushterova. Beliau berasal dari Bulgaria dan buta sejak usia 12 tahun. Vanga banyak menghabiskan hidupnya di kawasan Rupite di Kozhuh Mountains, Bulgaria. Beliau dipercayai buta huruf dan tidak menulis apapun ramalannya. Ramalan-ramalannya hanya diucapkan dan orang merakamnya. Kadang ada kesulitan, kerana ucapannya kadang bercampur dialeg Bulgaria yang sukar difahami.
Beliau berkata, kemampuannya melihat masa depan kerana bantuan makhluk ghaib yang mendampinginya dan membisikkan padanya tentang apa yang akan terjadi. Tapi Vanga tidak boleh menjelaskan dari mana makhluk ghaib itu berasal. Makluk ghaib itulah yang memberinya maklumat tentang orang atau apapun yang akan berlaku atau telah berlaku.
Kini ramalan-ramalan Vanga menjadi objek kajian Institut Bulgaria. Sebanyak 7000 ramalannya kini tengah diteliti. Dari kajian tersebut, dikatakan bahawa 80 peratus daripada ramalannya tepat. Sesaat sebelum kematiannya, Vanga, meramalkan, bumi akan dilanda keresahan dan ketidak seimbangan, serta sejumlah makluk luar jangkaan (alien) yang sebenarnya telah bertahun-tahun hidup di bumi

sumber : http://www.ohvideotv.com/2010/03/ramalan-mengerikan-2010-perang-dunia-ke-3-meletus-eropah-musnah/


kata aku : mungkin betul mungkin tidak.... aku pernah berbual2 dgn sorang bekas polis zaman british dulu umur dia dah 130 kalau ikut ic dia dan masih hidup lagi konon cerita pakcik ni [aku segan nak panggil tuk sebab muka dia masih macam 60an] dia pun jadi peramal lah konon2nya... pakcik tu cakap perang dunia akan mula dari china... ntah la dari bangsa cina atau dari negara china... tu aku no komen..... dan dia meramalkan malaysia gabung dgn org putih... [no komen tu ramalan org tua tu]
dan aku ada juga berbual2 dgn seorang guru agama [kiyai] 8 thn lepas pun meramalkan perkara sama... perang dunia mula dari china..... dan bermula d atas tahun 2010..... dan yg sedihnya dia meramalkan org islam kena sembeleh...... [yg ini pun aku no komen.... tapi tengok kat budak2 sekarang ni mungkin betul]..... yg tinggal org islam yg berisi sahaja..... aku cuba juga tanya2 apa isi yg d maksudkan.... emmmm apa2 pun doa tetap senjata kita yg terakhir.......


ya Allah selamatkan la kami ya Allah........




pasal alien tu pulak salah satu nya adalah aku heheheheh


gambar terbaru ku hehe

Friday, August 27, 2010

facebook

aku tertarik membaca posting dari admin Warga Sandakan mengenai blog ini

http://kadirjasin.blogspot.com/2010/08/facebook-sekadar-makluman.html

beberapa bulan lepas aku pun membuat perkara yg sama apabila memikirkan beberapa perkara.. antaranya komen2 mengenai keagamaan yg sebenarnya aku pun kurang arif dan tak berapa pandai [belagak macam ustad la konon] dan yg lebih teruk lagi apabila secara tidak sengaja menyebarkan beberapa fitnah kepada badan2 @ syarikat2 tertentu..... yg kononya dakwah sedangkan sebenarnya kebenaran yg sebaliknya..... dulu sebelum kelahiran Pesbuk aku pernah juga ikut2an menyebarkan email konon untuk memboikot Zionis [email boikot satu produk makanan] dan hanya selepas beberapa tahun setelah membaca akhbar tentang kerugian besar [hampir bankrup] syarikat itu aku baru sedar bahawa aku telah sama2 menyebarkan fitnah kepada saudara seagama ku sendiri.... dan yg sedihnya pemilik syarikat itu bukan sahaja beragama islam malah antara org2 islam yg begitu low profile dan kuat bersedekah.... [ya Allah bagaimana aku dapat memohon ampun pada insan itu... atas dosaku sama2 memfitnah syarikat beliau] atas rasa bersalah itu aku hanya dapat membantu dengan membuka akaun d bank beliau......

terbaru d pesbuk konon produk2 makanan China yg d ragui halal haramnya...... yg turut d sebar dan d kongsikan warga pesbuk.... aku jadi segan hendak berkongsi ataupum membuat apa2 juga komen.... kerana mungkin atas sebab persaingan ekonomi [US vs China] perkara ini timbul.... wallahualam... Allah lebih mengetahui.... yg aku tahu warga islam d China lebih banyak dari rakyat Malaysia ! kalau benar produk itu tak halal bermakna selamat lah kalau aku menyebarkan maklumat ini dan kalau sebaliknya bagaimana pula aku dapat memohon ampun dan maaf atas rezeki umat islam d sana yg aku dah fitnah......pastinya mereka terpaksa mencari pasaran halal yg baru seperti Malaysia.... [nak tembus market bukan senang beb] jadi aku ambil jalan selamat dengan "no komen" dan tak payah kongsikan apa2 soal2 agama dan halal haram..... kecuali yg aku dah betul2 pasti..........

d lain sisi aku rasa dunia pesbuk memerlukan pemikir2 untuk menyeimbangi pemikir2 yg senget sebelah dan pemikir2 yg mempunyai agenda sendiri....... jadi sebagai pemikir kelas tepi jalan dan marhaien cam aku ni mungkin masih d perlukan selepas ku lihat anak2 muda yg kurang sikit tahap ESQ nya membuat komen yg senget dan beragenda.....

cuma misteri nya akaun pesbuk yg dah ku tutup boleh aktif balik..... dan sehingga kini aku masih pesbuk2an

Monday, August 23, 2010

dulu aku opisboy

pagi itu pagi yg dingin kicauan burung dan angin sepoi bahasa menemani kedamaian ku ke pejabat...... tugas2 rutin ku susun mengikut lunas2 yg telah d tentukan......

ketika aku senyum semangat d pagi isnin itu....... seorang opisboy yg darjat nya agak tinggi sedikit dari aku memanggil selepas menyahut satu deringan talipon.... dan aku dapat mengagak ini pasti awek aku nie hehehe

"helo"........ macam bunyi kucing memujuk tuannya meminta makan......
"hoi [nama aku] kemana kau bawa c [nama kawan aku] keluar semalam ah... sampai kamu inda pulang..... kalau kau mau be....tut [finas tak bagi lepas] kau be tut [rujuk finas] la sendiri..... bla bla bla....... bla hoi bla bla.... si_L
punya lel_ki " ................. aku hanya diam ......

"bah iya lah inda la aku bawa c ____ jalan lagi"...... jawab ku pada harimau betina tu.....

aku letak ganggang talipun....... *#$%(!?+*& punya kawan..........

petang itu aku cakap kat kawan aku......... "jangan jual nama aku lagi...... jual nama kawan yg bini engkau inda kanal......  kecuali la kalau kau bawak aku sekali"

Thursday, August 19, 2010

catatan tokeh sasau 2

letih sangat.... bulan puasa ni biasanya bab cabaran lapar dan dahaga.... amat2lah teruk sejak dari hari pertama sampai ke tiga tu umpama terserempak awek cantik yg kita berkenan sangat... memang tak boleh tahan dari nak tegur.... kalau tak tegur memang boleh ketulahan tujuh keturunan..... begitulah yg ku rasa....... masuk hari pertama lagi aku dah tak boleh tahan terutamanya dahaga...... lapar tu aku boleh tahan umpama melepas batuk d tepi tangga saja.... tapi bab dahaga ni aku mengalah.... nasib baik aku ada sedikit kebolehan ala komando tahan dalam apa juga jenis cabaran..... soal iman tak payah ceritalah itu urusan tuhan... aku tak berani nak sebut.... kang kufur... melebih2 dari tuhan......
masa2 gini aku teringat sahabat ku yg jadi kawan aku dari kecik.... aku angkat talipon dan cari no dia..... saja je nak ajak berbuka sama bila masuk masa berbuka nanti......
trut....trut...trut.... [apasal la henpon dia ni tak de lagu best]
"halo" suara kanak2 perempuan dalan lingkungan 5-6 tahun aku rasa.......
"mana dady?" aku cuba meneka mungkin anaknya yg sambut telefon.......
"dady? dady d bawah makan....." jawab anak kecil itu........
"aik dady inda puasa?" tanya ku.....
"inda tau...." jawab nya lagi...
"ok la bagi tau dady; uncle telefon kalau dady sudah habis makan ya" aku tekan butang merah..... hehehe aku ketawa dalam hati..... sambil aku melirik botol ini............. aku angkat botol ini....... aku rasa aku berada d gurun sahara yg terik dan kontang dan kemudian aku ketemu dgn botol ni.... urghhhh...
uhhh aku dahaga.....

sib baik malaikat kat sebelah kanan aku ni komplen kuat sangat dan sampai ke hari ini aku puasa ku masih belum bocor lagi hehehe ..... syukur......

catatan tokeh sasau

malam itu aku minum2 red guara dengan seorang sahabat yg kerja nya untuk kerajaan... berbakti untuk kerajaan tembak org untuk kerajaan tangkap org tumbuk org jell org untuk kerajaan memang dia kalau lahir zaman2 hang tuah dulu koman2 pun tukang jaga pintu istana pakai seluar nampak betis dan pegang tombak... takpun tukang urut2 belakang soltan..... pendek kata asal kami jumpa ada saja soal keselamatan negara di tanyakan kan nya pada aku.... dan malam yg hening itu kebetulan malam sudah agak larut.... dan jam sudah memanggil2 kebanyakan orang masuk tidur...... dan suasana begini kalau kena pada pengantin baru rasanya sudah 2-3 kali round [ikut pengalaman aku la]
malam itu aku kena bagi tau dia juga masalah yg dah lama mengganggu keselamatan negara.... "aku dah tak boleh tahan melihat orang2 ini... telah ramai anak muda kita tertipu" rungut ku pada sahabat itu.... 'tak boleh ka kau tangkap aja diorang tu....." tanya ku..... "cuba kau bagi aku maklumat lengkap sikit" jawabnya serius.... hehehehe aku memang suka tengok mukanya serius..... aku dah lama kenal james bond  ni dari zaman dia naik bas tukar naik motor sampai lah sekarang ni kami sama2 tukar2 keta.... aku cukup tau perangai nya dan citarasa kami kadang2 sama kami suka spesis yg bernama perempuan.... malah pot kami dulu pun sama iaitu hospital!!.... kami sama2 melihat martabat awek2 kerja berbaju putih itu amat tinggi.... pendek kata; aku tau apa warna stokin nya hatta dengan menutup mata [dia tak suka stokin]......
"susah Po [aku membahasakan dia Po]....... polis angkasa gaban pun susah bentras diorang ni... pokoknya diorang ni campin menyamar"  sambil aku menyandarkan belakangku d kerusi merah itu........
"diorang menyamar jadi apa ?" tanya nya serius dan berminat......
"kalau kes penyamaran kau tangkap tak?" tanya ku
"tengok la jugak kalau membawa kemudaratan mesti la aku tangkap" katanya sambil menghirup guaranya dengan karisma seorang inspektor sahab.
"hah ini lah ni aku mau kasi tau sama kau ni.... kalau aku cakap nanti kau inda percaya.... bagus kau ikut aku.... aku kasi tengok kau baru ngam... tapi kau bawa pistol ah....." kata buah pikiranku...
"ok" jawabnya serius.....

5 minit kemudian sampai d lokasi [tempat d rahsiakan nanti banyak anak2 muda p sana]

"syyyy diam2 aja..... kita paking jauh2 sikit mati kan lampu" arah ku
"kalau menyamar diorang ni campin betul susah mau kenal identitinya yg sebenar" tambah ku
tiba2 sekonyong2 keluarlah suspek yg aku maksudkan......

"sial kau !!! ini memangla campin menyamar celaka kau bikin abis minyak aku saja !!!" sambil mengaru2 kepalanya.....
"heheheheh tapi diorang ni kan menggangu keselamatan negara hehehhe"

"sial!! jom pulang... kau belanja aku nasi ayam"
"hehehehe ok bah Po"


gambar d curi utk hiasan.....
"bang mau servis bang..... awwww~~~~" seram bulu tengkuk aku bila teringat 4-5 org penyamar ni mengejar kereta kami malam tu hehehehe...........

salah kah aku repot org lelaki menyamar jadi perempuan.....hehehehe.... ada tak apa2 akta atau undang2 berkanun atau undang2 apa jua majlis kat diorang ni??? tolong jawab sikit.....


Tuesday, August 17, 2010

cina melayu......

Chua kepada TPM: Sila ikuti peredaran zaman


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keadaan sosio-ekonomi Malaysia telah berubah dan sehubungan itu, tidak perlu baginya mengungkit lagi pertumpah berdarah 13 Mei 1969.

chinese economic congress 140810 chua soi lekDalam kenyataan hari ini, Chua melahirkan rasa kecewa dengan amaran Muhyiddin semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

“Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman.

Diheret perang mulut

“Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka, “ kata Chua.

Chua dan pemimpin Umno sejak Kongres Ekonomi Cina, sabtu lalu diheret dalam perang mulut apabila kopngres anjuran MCA itu membuat resolusi yang mendesak ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.
chinese economic congress 140810 audienceChua yang mempertahankan 13 resolusi yang diluluskan, berkata kongres berkenaan langsung tidak menyentuh hak istimewa masyarakat Melayu.

Sebaliknya, menurut beliau, MCA mencadangkan dalam usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 - seperti sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Baru Ekonomi, ia mesti berdaya saing menarik pelaburan asing berjumlah RM115 bilion setiap tahun.

Chua berhujah ia hanya boleh dicapai melalui liberalisasi sektor minyak, gas dan telekomunikasi serta pemotongan subsidi. Selain itu, sistem tender yang sebelum ini memihak kepada bumiputera perlu digantikan dengan sistem terbuka.

“Bahagian ekonomi yang berkembang adalah umpama air pasang yang akan menaikkan semua bot, jadi semua rakyat Malaysia akan mendapat agihan kekayaan yang adil,” katanya.

perkasa first agm 270310 keris“Kita tidak pernah sama sekali bercakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Malah, kita memperakui bahawa dasar afirmatif perlu berdasarkan keperluan, merit dan mesra pasaran.

“Kami juga menyokong bumiputera diberikan keistimewaan dalam beberapa sektor ekonomi apabila ekonomi di liberalisasi bagi tender terbuka.
Jangan persoal kesetiaan MCA

“Bagi membolehkan bumiputera bersaing dengan wajar dan pantas, maka kami mencadangkan pengurangan 30 peratus ekuiti bumiputera secara berperingkat dan memperkenalkan harga preferensi,” katanya.

Chua juga mengketepikan dakwaan Muhyiddin dan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang MCA mula memperlihatkan ketida-setiaan kepada BN.

NONEKatanya, kesetiaan MCA tidak patut dipersoalkan kerana ia telah berjuang dengan Umno dan gabungan itu sejak sekian lama dan melalui pelbagai krisis bersama-sama.

“MCA amat sensitif dengan peranannya dalam rangka Barisan Nasional tetapi kita juga mempunyai peranan untuk dimainkan sebagai parti Cina supaya kita boleh terus menjadi relevan,” katanya.








kata aku : harap2 org2 kat sabah ni tak macam org semenanjug sana.... yg bengong dan jiwa kacau..... aku bukan jenis yg pandai sangat soal politik ni kalau org cerita politik aku akan komen dua perkataan saja "betul dan ya" sebabnya... memang aku tak berapa paham soal politik dan aku memang tak berapa nak ambil paham..... dan kalau org tanya pun aku jawab "ntah" tapi kalau soal awek.... aku boleh cerita luar ke dalam... dari A sampai Z aku boleh buat org meleleh air liur 4-5 jam..... 
sekarang ni buat pertama kali nya aku nak komen sikit soal politik.... politik semenanjung..... aku harap penyakit rasis [ngam ka ejaan aku nie?] macam kat semenanjung ni tak lah berjangkit ke sabah sebab aku tengok kat sana diorang dah nak mula macam anak dara sunti yg demam bila pertama kali nak datang bulan.... dah panas suam2..... harap2 jangan jadi demam panas la.... harap diorang kat semenanjung tu boleh carik doktor atau cari pakar perubatan alternatif..... 
aku rasa kat sabah ni ok sikit melayu cina boleh tolak ansur dan saling menghormati.... jangan jadi cam org politik yg bengong tu semata2 mau kuasa diorang laga2kan suku kaum melalui media... melalui media diorang cakap bangsa itu tuntut ini, bangsa ini tuntut itu.... dan akhirnya 2 bangsa berperang.... dan bila berperang pasti ada yg jadi penyelamatnya........
si penyelamat jadi hero.... jadi sanjungan konon dialah yg menyatukan bangsa ini jadi 1malaysia.... dan bila pilihan raya nanti semua org pangkah dia.... dia lah penyelamat.... dia lah hero.... dialah pejuang negara.....

[errr sori kalau telebih ayat....]

p/s : masa puasa gini teringat cerita politik kedai kopi; sarapan dengan apek2 jiran aku kat Sukau Baru hehehehe..... dan kami semua berdiri atas pagar yg sekarang ni dah senget ke sebelah......

Sunday, August 15, 2010

pengumuman....

mari sini dekat sikit..... aku mau bagi tau kat korang........ kalau cerita kat sini cerita yg watak nya boleh jadi ustad, imam atau ustazah mungkin nama watak nya agak betul..... namun kalau nama watak nya sedikit jahat macam makhluk yg hasut nenek moyang kita tu sampai kena halau telanjang bulat dari surga tu errr nama watak nya tu aku tukar sikit untuk menjaga keharmonian nya dan keluarga nya.... dan kalau nama tu agak2 sama dgn nama korang so so so sori lah aku ndak sengaja....... so jangan marah kat aku email atau talipon.... weiii jangan la ambik ati..... dan kepada sesiapa yg terkena aku harap korang bawak2la betobat banyak2kan la menagis.... sebab kita ni bukanya best sangat....

kalau korang marah jugak nama korang masuk kat sini meh sini jumpa aku; aku bagi penempiling aku dah lama tak tempiling org..... korang boleh pilih sendiri mau pakai tangan kiri atau kanan..... pakai kaki pun boleh kalau sudi....

nota: errr yg tadi tu untuk org jantan macam aku..... untuk ciwik2 d bawah umur 30 dan masih boleh di sunting menjadi awek aku; aku tidak lah begitu kejam sampai mau tempiling sepak tendang.... untuk golongan yg ini aku dengan rela hatinya nak bagi satu jilatan paling manis.... tapi pasti kan dah mandi dan pakai porfume banyak2....

jadi jangan marah-marah macam la nama korang tu cantik sangat......

Friday, August 13, 2010

catatan seorang tokeh 2

pagi itu..... sedang aku sibuk membelek2 buku untung rugi... seperti biasa pagi sabtu aku pasti ketemu susuk tua ini, susuk tubuh kering dan berbaju lusuh inilah uniform nya tiap sabtu (tak tahu hari lain dia baju apa....) sabtu lalu aku bertemu lagi org tua ini.....
"minta sedekah nak...bikin beli ubat..." itulah ayat nya.... ayat salam nya... ayat mukadimah nya...... begitulah yg aku belajar selama ini mukadimah amat penting dalam berurusan... apalagi urusan jual beli.... begitu juga bila nak mengayat awek... ayat mukadimah harus d atur dan d susun seperti menyusun permainan Lego salah susun pasti runtuh dan tak berupa.... salah atur pasti condong seperti menara condong pisa dan kalau ngam mukadimahnya cantik alun dan merdu rayunya pasti awek tu demam kalau tak menyambut salam dan memberi no telefonya....... tapi orang tua ini begitu sadis susunan ayatnya.... sungguh lemak tutur nya sungguh mendayu pintanya.......
"mana anak pacik ?" sambil ku membuat memek muka bergurau.......... aku melambatkan menarik dompet ku sambil menunggu jawab nya
"mana ada bah anak ku yung..... dulu masa muda2 inda pacik tekawin; cium2 saja ada la"  bederai ketawa pekerja ku mendengar jawab nya...... sambil ku hulur sekeping kertas kaler hijau.... ada gambar kepala Agong d atasnya..... tangan tua itu menyambut "uiii nak sukur belum pernah ada orang mengasi begini banyak" "kenapa inda kawin pacik?" tanyaku.... ketika itu beberapa pelanggan senyum2 melihat tingkah kami "beginila nak nasib pacik" inda ada jodoh...... pacik itu beredar dari 1 meja ke 1 meja lain...... aku hanya memerhati.......

sabtu yg lain aku bertanya lagi "mana anak pacik?" sambil menghulur kertas biru agak kecil ukurannya dari minggu lalu..... "oh siapa c Amran? (kalau tak silap) sana dia d KL kerja lama sudah" jawabnya..................

hehehe lagu2 kehidupan, warna-warni perjalanan begitulah adanya................

minggu ini...... ramadan menjelma...... aku tercari2 susuk tua itu........ sehat kah dia atau anak nya sudah pulang dari perantauan..... atau org tua itu sudah berpindah ke lain restoran.......

Sunday, August 8, 2010

helo.... abang aku berenti kerja lah.....

abang aku bernti kerja lah ...... ' kedengaran suaranya.....
aku teringat 2 tahun lalu anak muda ini datang bersama ibunya mencari kerja.....
"tapi bole kah dia sembahyang d sini" ibunya bersuara.... "ya saya juga ada surau keci di atas' balasku.....

anak muda darah muda..... aku kesal apabila anak2 tempatan terlalu memilih kerja.... hanya dengan kelulusan PMR nak jadi pegawai.... mau jadi peguasa.... mau gaji ribu2 mau itu mau ini..... namun tidak dengan anak2 yg aku gelar gambal2 tidak memilih kerja tak minta itu taak minta ini.... cukup hanya dengan d bagi kerja mereka cukup bersyukur..... cukup berterimakasih cukup berhutang budi....... pernah sekali..... anak tempatan bekerja hanya setengah jam dah minta gaji mau pulang mamanya sakit.... dan bermacam2 alasan tak masuk akal....... kalau awek aku tak kesah nak berenti kerja..... mereka kaum yg lemah.... perlu perhatian..... perlukan kasih sayang...... namun apabila kaum adam yg buat hal aku amat kecewa..... sekecewa masa awek aku pulang manila dulu seminggu lebih aku demam dan minggu berikutnya aku tak nak awek sebelah sana dah  aku lebih rela berawek kan org india .... dan aku benar2 ketemu kacukan india...... hehehe

namun anak muda ini..... yg aku lihat boleh belajar.... juga mengecewakan...... dia mengalah hanya kerana 1 teguran teguran pedas..... setelah berbelas kali mendapat teguran lemak manis......

walaupun usiaku dah agak2 dewasa ini..... aku masih merasa muda dan berdarah muda..... dan aku boleh d tegur sama ada dengan teguran lemak manis atau pun pedas cili api......... aku boleh menerimanya..... namun apa yg tak boleh aku terima ialah..... teguran lemah lembut dan manja....... aku pasti mengalah.......

aku kalah....... kekalahan yg manis rasaya.......


anak muda aku harap kau belajar sesuatu d sini.....
aku tak pernah anggap engkau seorang pekerja.....

Thursday, August 5, 2010

cerita 3 budak hitam

aku ada satu cerita...
Semoga teman-teman sekalian dapat menilai kisah 3 budak hitam itu dengan sewajarnya. Kisahnya bermula apabila...

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka keheranan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya.

Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah jin yang amat besar. Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 100 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan memberikan 3 permintaan siapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu" Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. 


Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan lebih gagah" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. 


Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!". Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan gagah, lebih putih dan gagah daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan gagah lebih dari pada budak yang pertama. 


Jin pun berkata kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan gagah, lebih putih dan gagah daripada budak yang pertama dan kedua". Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. 


Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga keheranan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya. Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun. 


Moral: manusia jenis ke 3 ni banyak d luar sana..... malangnya ia berada d sekeliling anda...... 











nota kaki: aku suka cerita kan ceita nie masa bagi talk dulu.... cuma sekarang dah jarang2 buat talk dah..... lebih kepada pesbuk aja hehehe.... [gambar masa buat talk kat Public mutual K.K bebrapa thn lepas]............. with my idol - penulis dan penceramah pak jamal " 


pak jamal hj. no




errr... nasip baik aku kategori kulit putih..... hehehehe




salam...................










Tuesday, August 3, 2010

syg mana baju merah abg tu??

kosmo

Wanita lebih tertarik pada lelaki berbaju merah


NEW YORK – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) menyatakan wanita lebih tertarik pada lelaki yang memakai pakaian berwarna merah, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyelidik di Universiti Rochester yang melakukan kajian tersebut, Profesor Andrew Elliot berkata, warna merah berupaya menjadikan lelaki kelihatan lebih bertenaga sekali gus membuatkan wanita tertawan.

“Kami mendapati wanita melihat lelaki yang berpakaian warna merah sebagai memiliki status lebih tinggi, lebih cenderung memiliki kekayaan dan pengaruh. Tanggapan berkaitan status tinggi ini menyebabkan wanita tertarik kepada mereka,” katanya.

Menurut profesor di bidang psikologi itu, beberapa kajian mendapati wanita tidak menyedari tentang kesan warna merah tersebut.

Kajian itu yang menggunakan gambar sejumlah lelaki berpakaian berlainan warna dengan wajahnya dikaburkan mendapati kebanyakan responden wanita memilih lelaki berpakaian merah sebagai lebih menarik. .

Saintis-saintis percaya kesan itu disebabkan kombinasi faktor budaya dan biologi. Kesan serupa dilihat dalam kehidupan beruk seperti babun mandrill dan babun gelada apabila haiwan jantannya mempunyai warna merah yang menandakan dominasi spesies jantan. – Agensi


patut la kalau aku pakai baju merah dulu masa mengorat jarang2 menghampakan hehehe dan sampai sekarang kalau aku jalan dengan baju merah henpon aku asyik berlagu.... iskkk bini aku ni selalu jer tanya aku kat mana bilamana aku berbaju merah......


kebetulan aku suka baju merah.....

ikhtibar yg d kongsikan d "Warga Sandakan" [facebook]



Apabila kita lahir, kita dapati kita sudah berada di dalam sebuah keretapi dan kita hidup dalam salah satu bilik yang terdapat dalam gerabak yang ada kamar. Dari hari ke hari, kita berusaha bagi mencantiknya kamar kita itu, kita pasang langsir, sofa baru, Tv Plasma, DVD Player, pelbagai hiasan termasuk gambar Ijazah, gambar kahwin, setiap kali keretapi itu berhenti, kita akan tambahkan koleksi barang hidup kita termasuk kereta yang kita simpan di gerabak stor.

Kita beli jam tangan mencecah ribuan ringgit, walaupun waktu yang kita dapat tetap 24 jam. Kita beli Pen yang berharga ratusan dan ribuan ringgit, walaupun cek yang ditandatangani dengan pen Kilometrico (berharga 70 sen) diterima oleh bank.

Kita juga beli rumah yang berharga paling mahal yang bank dapat luluskan pinjaman kita, yang kita dapat tetap sebuah atap, lantai, bilik dan dinding.

Keretapi sedang berjalan, keretapi itu sedang menuju ke satu lagi dunia baru iaitu Taman Barzakh, apabila keretapi yang kita naiki itu (masa) itu sampai ke destinasinya, hanya kita sahaja yang turun ke destinasi dan keretapi itu berpatah balik ke dunia bersama dengan harta-harta kita. Kereta kita, rumah, pakaian, jam semuanya diambil dari kita. Penduduk dunia hanya hadiahkan kepada kita dengan kain putih yang tidak berjenama dan belum dijahit bagi dihiasi pada diri kita, lalu kita dimasukkan ke dalam tanah.

Keretapi yang memuatkan bilik kita dan harta dunia kita pulang dan segala kepunyaan kita dibahagikan sesama ahli keluarga kita sama ada secara adil ataupun tidak. Segala yang kita cari selama ini, semuanya untuk ditinggalkan.

Kita ditinggalkan di dunia kedua dan menaiki keretapi yang seterusnya, tetapi kali ini, kita tidak lagi dapat mengumpul harta, kerana ketika ini, sepanjang tempoh perjalanan di Alam Barzakh, kita hanya perlu mengeluarkan harta bagi membayar tol. Bagaimana untuk kita ingin membayar tol di Alam Barzakh, jika semua harta kita tinggalkan di dunia? Satu-satunya harta yang diterima dan dapat dibawa ke Alam Barzakh adalah ‘bekalan harta dalam bentuk pahala’.

Selepas menilai apa yang baik dan apa yang buruk,

Shamsuddin Kadir memilih untuk memandu sebuah kereta buatan tempatan yang telah berumur 10 tahun lebih.

Shamsuddin Kadir hanya memiliki sebuah televisyen biasa (TV Kotak) yang berharga RM 360 dan saiz 21 inci.

Shamsuddin Kadir hanya memiliki sofa yang berharga RM 799 di mana kusyennya boleh diganti.

Shamsuddin Kadir hanya memiliki sebuah jam yang berharga kurang RM 500, itupun dihadiahkan oleh seorang hamba Allah.

Shamsuddin Kadir hanya membeli dua kali handphone untuk kegunaan peribadi iaitu, kali pertama pada tahun 2000, iaitu NOKIA 3210. Kali kedua pada 2010 iaitu kerana untuk membawanya ke lokasi hutan yang berharga RM 156.

Shamsuddin Kadir memaklumkan sebahagian daripada koleksi harta yang SK akan ditinggalkan sebagai bukti apa yang dicakap itu yang dibuat. Semoga Allah permudahkan perjalanan ini. Amin



nota: beliau adalah bekas bos ku [tah sama ada nama sama atau org yg sama... tan sri shamsuddin kadir]