Saturday, August 28, 2010

Perang dunia 3

Boleh percaya atau boleh tidak tapi ramalan ini sunggung mengerikan. Seorang peramal asal Bulgaria, yang disetarakan dengan Nostradamus atau peramal terkenal Valdes, mengatakan, perang dunia ke 3 akan meletus pada November 2010.
Diawali dengan perang antara Negara jiran yang berkembang menjadi besar dan melibatkan banyak Negara, serta terjadi perang nuklear dan senjata kimia. Perangh hebat ini akan berlangsung empat tahun, hingga 2014.
Akibatnya sungguh mengerikan, perang ini menghancurkan hampir semua kehidupan di belahan bumi Utara, khususnya Eropah yang penduduknya nyaris musnah. Benua eropah diramalkan hanya didiami  sedikit orang kerana banyak yang musnah kerana perang.
Perang Dunia kali ini tidak seperti perang dunia I dan II, kali ini kecanggihan teknologi senjata, nuklear, kimia, dll, ikut berperang menghancurkan semua, bukan hanya pasukan yang terlibat perang tapi juga masyarakat yang tak berdosa. Selepas perang, hampir sebahagian besar penduduk dunia akan mengalami penyakit kanser kulit dan penyakit kulit lain akibat senjata kimia dan nuklear.
Lebih jauh tentang ramalan itu ikuti ulasan ini.
Tidak banyak orang percaya pada ramalan namun kepercayaan itu biasanya baru akan muncul ketika apa yang diramalkan mula menunjukkan kebenaran atau menjadi kenyataan. Seperti halnya Vanga yang mempunyai nama asli Vangelia Gushterova, seorang peramal asal Bulgaria.
Pada awal kemunculannya, tak banyak orang percaya ramalannya tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa depan. Namun seiring waktu ketika ramalannya itu mulai menjadi kenyataan, orang pun mulai berpaling padanya. Mulai mengingat-ingat apa yg pernah dikatakan dulu. Banyak ramalan-ramalan Vanga tentang peristiwa-peristiwa besar yang menggoncang dunia, pada akhirnya menjadi kenyataan.
Vanga telah meninggal sejak 1996. Namun ramalan-ramalannya tentang masa depan dunia kini dicermati semua orang. Selepas beberapa ramalan terdahulu menjadi kenyataan. Sebut sahaja, ramalannya tentang serangan pengganas pada Amerika pada 9 September 2001 atau dikenali dgn 9 / 11. Ketika itu dia mengatakan Amerika akan ‘jatuh’ oleh serangan burung baja. Dan itu menjadi kenyataan di mana pusat kebanggan Amerika, World Trade Center, ditabrak oleh pesawat yg dibajak pengganas.
Dia juga pernah meramalkan tentang meletusnya Perang Dunia ke-II, juga tentang Prestroika yang menjadikan ‘wajah’ Russia berbeza, serta kematian Putri Diana. Atau tenggelamnya kapal selam Kursk di Laut Barents yang berkaitan konflik bersenjata di South Ossetia. Ramalan tentang tenggelamnya kapal selam nuklear kebanggaan Russia, Kursk, ini diungkapkannya pada 1980. Beliau mengatakan, “pada pada agustus antara tahun 1999 atau 2000, Kursk akan diliputi air dan dunia akan menangisinya”. Ternyata terbukti, tahun 2000 kapal selam nuklear itu tenggelam.
PERANG DUNIA KE-III
Namun yang menggegerkan Vanga meramalkan tentang meletusnya Perang Dunia ke-3 tahun 2010. Mengikut ramalannya , Perang Dunia ke-3 itu terjadi kerana konflik akibat percubaan pembunuhan terhadap ketua Negara, yakni Ukraine, Estopnia, Lithuania dan Poland yang bahagian ke Georgia. Perang Dunia meletup selepas konflik yang berlaku di Hindustan (India).
Awalnya, peperangan tersebut hanya perang saudara antara Negara jiran yang bermula pada November 2010. Lalu perang itu  melibatkan banyak Negara, berlaku perang nuklear dan senjata kimia. Perang Dunia ke III ini akan selesai menjelang Oktober 2014.
Berikut ini antara ramalannya yang mengerikan:
2011: akibat perang, hujan radioaktif akan menghancurkan hampir semua kehidupan di belahan bumi Utara. Kebanyakan orang-orang Eropah akan musnah dan menghadapi ancaman daripada Muslim yang akan mempergunakan senjata kimia untuk menghabisi mereka.
2014: Akibat mengerikan diterima penduduk dunia akibat serangan senjata kimia dan nuklear selama perang. Di mana sebahagian besar penduduk dunia akan menderita kanser kulit dan penyakit kulit lain.
2016: Penduduk Eropah semakin sedikit, nyaris benua itu tidak didiami.
2018: China akan tampil sebagai Negara superpower baru, yang mempunyai kuasa besar di dunia.
2023: Orbit tanah akan berganti
2025: Penduduk eropah masih sangat sedikit.
Vanga lahir 1911 dengan nama Vangelia Pandeva Dimitrova, selepas berkahwin namanya menjadi Vangelia Gushterova. Beliau berasal dari Bulgaria dan buta sejak usia 12 tahun. Vanga banyak menghabiskan hidupnya di kawasan Rupite di Kozhuh Mountains, Bulgaria. Beliau dipercayai buta huruf dan tidak menulis apapun ramalannya. Ramalan-ramalannya hanya diucapkan dan orang merakamnya. Kadang ada kesulitan, kerana ucapannya kadang bercampur dialeg Bulgaria yang sukar difahami.
Beliau berkata, kemampuannya melihat masa depan kerana bantuan makhluk ghaib yang mendampinginya dan membisikkan padanya tentang apa yang akan terjadi. Tapi Vanga tidak boleh menjelaskan dari mana makhluk ghaib itu berasal. Makluk ghaib itulah yang memberinya maklumat tentang orang atau apapun yang akan berlaku atau telah berlaku.
Kini ramalan-ramalan Vanga menjadi objek kajian Institut Bulgaria. Sebanyak 7000 ramalannya kini tengah diteliti. Dari kajian tersebut, dikatakan bahawa 80 peratus daripada ramalannya tepat. Sesaat sebelum kematiannya, Vanga, meramalkan, bumi akan dilanda keresahan dan ketidak seimbangan, serta sejumlah makluk luar jangkaan (alien) yang sebenarnya telah bertahun-tahun hidup di bumi

sumber : http://www.ohvideotv.com/2010/03/ramalan-mengerikan-2010-perang-dunia-ke-3-meletus-eropah-musnah/


kata aku : mungkin betul mungkin tidak.... aku pernah berbual2 dgn sorang bekas polis zaman british dulu umur dia dah 130 kalau ikut ic dia dan masih hidup lagi konon cerita pakcik ni [aku segan nak panggil tuk sebab muka dia masih macam 60an] dia pun jadi peramal lah konon2nya... pakcik tu cakap perang dunia akan mula dari china... ntah la dari bangsa cina atau dari negara china... tu aku no komen..... dan dia meramalkan malaysia gabung dgn org putih... [no komen tu ramalan org tua tu]
dan aku ada juga berbual2 dgn seorang guru agama [kiyai] 8 thn lepas pun meramalkan perkara sama... perang dunia mula dari china..... dan bermula d atas tahun 2010..... dan yg sedihnya dia meramalkan org islam kena sembeleh...... [yg ini pun aku no komen.... tapi tengok kat budak2 sekarang ni mungkin betul]..... yg tinggal org islam yg berisi sahaja..... aku cuba juga tanya2 apa isi yg d maksudkan.... emmmm apa2 pun doa tetap senjata kita yg terakhir.......


ya Allah selamatkan la kami ya Allah........




pasal alien tu pulak salah satu nya adalah aku heheheheh


gambar terbaru ku hehe

2 comments:

Zarif Asyraf said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Perang Kali ni Akan MelibatKan Kuasa Kuasa Besar DUNIA ..Lihatlah Apa Yang terjadi kepada Negara2 Pak Arab Yang Lain..Satu demi Satu Pemerintah Dijatuhkan seperti Saddam, Muammar Gadaffi, Hosni..Keangkuhan Mereka menunjukkan Bahawa Mereka tidak akan Bagi Muka kat Bangsa2 Zionis ni..Selamba Katak boleh koyak Buku piagam PBB dihadapan Kongres2 lain..Selamba bakar telaga minyak untuk Ugut Amerika..Siapa boleh buat???